Kisah Pedoman - Duit Suami Tinggal RM50, Isteri Tidak Berhenti DOA.. Tengok Apa Terjadi...


suami sy kerja shift. bgun kol 4 masuk offce 5 pagi. hbs keja 3 ptg. redah jem tol singgah kedai dlm 4 lebih smpai umah. da smpai umah tlg jaga anak2. kami ada anak kembar. sekarang ni fasa asyk bergaduh berebut bercakaran panjat memanjat gigit menggigit merajuk mengamuk .. walaupun semua mainan disediakan dlm ganda dua. tetap gaduh. koyak mental hadap hari2 sorang diri. (sy surirumah sepenuh masa)

bila suami balik, dia akan tnya dulu. hrni dgn anak2 mcmana. semua dah mkn? mmg berdas2 sy ngadu pasal anak2 puNya ragam. lepas ngadu dia akan take over jaga anak, sy akan ke dapur utk masak dan buat apa yg patut. lepas tu smpai ke mlm dia x tido. sama2 tlg jaga kan anak. susukan anak. bg mkn anak. urus anak mandi berak kencing. dgn dua2 ni asyk mengamuk bila sarung pampers ngan baju tido. selesai rutin kami adalah lebih kurang nak tgah mlm. masa tu dia baru tido. mcm ni setiap hari. x bnyk beza. weekend lagilah. bnyk urusan anak tolak ke dia.

gaji dia dlm 20 hrbulan. gaji dia utk org bujang mungkin nmpak besar. tp dlm ekonomi sekarang, tanggungan 4 beranak dan komitmen lain, jadinya x besar mana pun.. 😂😂 setiap inci yg ada dlm rumah, setiap yg kami pakai makan dan sarung ke bdn. kereta lagi insurans lg. semua tu duit dia. dan dia ada komitmen auto payment utk unicef, for worldwide underpriviledged children's education program n food supply. x bnyk pun. tp insya Allah itu sedekah kami. nafkah sy kadang ada kadang xde. sebab kadang dia lupa. kadang sbb hal2 terdesak jd sy xkp xpe bulan ni skip hahah.... tp setiap kali dia lupa nk bg. sy amik seringgit dr wallet dia. dan sy niat dlm.hati. ya Allah aku ikhlaskan hati duit nafkah aku bulan ni seringgit. je. doa mohon Allah catat pahala buat dia.

semalam family ipar n mentua ramai2 ajak keluar. sebelum keluar ramai2 tu. suami g singgah petrol pump. nk kluar cash siap2. dia masuk keta sy tnya. tgal brapa dlm bank. tgal rm50. serius aa?? ha aa serius, tp xpelaa esok (harini) rasanya gaji kot. sy gelak je. siap ckp kalau tkut xckup duit minyak n tol nk ke offce esok bwak siap2 tabung syiling anak ea.. hahahah... dlm hati sy doa moga ada rezeki tselit utk kami anak beranak supaya rm50 ni tahan smpai gaji dia.

Allah maha mengasihi. smlm masa mkn ngan family semua, tuan kedai belanja mkn. sbb kenalan biras sy. xkluar satu sen pun. siap bg manisan bubur dan kuih berbekas2 uti kami bwak pulang. semoga murah rezeki tuan punya kedai. da kluar tu ramai2 bncang kt parking lot, nak g jalan mana. sy doa dlm hati minta2 x jalan ke shopping mall. rm50 kt mall mcm air paip je skang ni. Allah tlg lg.. semua setuju jalan2 kt taman awam, masuk free. jimat lagi duit. 😂😂😂

sampai sana da ptg. x terik sngt, bwak manisan yg tuan kedai sedekah kan td, buat mkn ptg. Ya Allah. sedap sngt free pulak. mkn ramai2 ngan ipar biras mentua dan anak2 buah, nikmat nya subahanallah.

nk dkat maghrib balik ke rumah ipar. sbb mentua nk btolak balik kmpung tgah mlm.. mak mentua msak. jadi mkn dinner free lg alhamdulilah. pastu da nk kol 10. suami esok keja kol 4 lak. so kami minta diri nak balik rehat. sambil salam2 tu. mak mentua selit duit rm50. saja katanya. segan nya ya Allah. tp dia paksa amik. jd amik je la.. hahaha. alhamdulillah. dlm keta senang ht sebab esok suami g keja ada rm50 utk minyak tol parking dan duit mkn. dan ada tmbahan rm50 utk emergency sementara tgu gaji. masa ni teringat doa siang2 td. sy redha je la apa nk jadi kluar beramai2 dgn family dgn rm50 kt tgah2 KL smbil tu doa bnyk2 minta tuhan permudahkan semua.

sy sujud syukur berkali2. sbb smlm murah sngt rezeki kami.. sy fikir, mungkin balasan Allah sbb suami pikul tangungjwb sebagai anak, sebagai suami dan bapa dengan amanah dan jujur. smpai ke hrni walaupun hjung bulan duit hampir habis tp xpernah lg kami dan anak2 putus mkn. btullah yg sy selalu dgar. kalau suami bahagiakan isteri dan anak2. melimpah ruah rezeki dtg dlm pelbagai bentuk. kalau suami abai anak isteri, Allah sekat rezeki si suami dlm pelbagai cara.

kami baru kahwin dua tahun lebih. selama berkahwin dia xpernah abai tangungjawab dan nafkah. duit utk ibu bapa dia sy x masuk campur. nak bg bnyk ke sikit ikut dia. sbb duit belanja utk kami sentiasa cukup. kasih syg dia pada saya dan anak2 cukup sempurna. xpernah ngelat hal ngasuh anak dan kerja2 rumah. semua bahagi sama rata dgn sy. kami dikurniakan anak kembar x smpai 9 bulan kawin sbb bunting pelamin dan babies lahir premature. dr anak lahir smpai skrang.tp dia cepat adapt sebagai new parent. kalau gaduh tu biasalah. setakat ni tiada badai besar yg dtg .. harap2 xkan ada la smpai bila2. doakan kami umur pjg dan bahagia hingga ke akhir hayat yer.

terima kasih suami kerana hargai isteri. sy harap ramai lg yg berazam jd suami penyanyang dan bertangungjwb, semoga semua murah rezeki aminn...

Sumber : FB Kisah Rumah Tangga

Post a Comment

0 Comments