Krisis Politik Zimbabwe -Bitcoin Menjadi Penyelamat Kewangan Rakyat Zimbabwe


Semasa berlakunya krisis, individu secara kebiasaan akan mencari dukungan untuk menghadapi masa kegawatan tersebut. Dari sudut matawang biasanya, individu akan beralih kepada safe haven, namun krisis politik yang berlaku di Afrika tersebut berlainan daripada kebiasaan. Individu mula beralih kepada Bitcoin.

Ketidakpastian membawa kepada peningkatan kepada bitcoin. Itu formula mudah yang berlaku Zimbabwe.

Pada minggu lepas, situasi di Zimbabwe sudah semakin tegang apabila pasukan tentera dilaporkan mengambil alih kawalan di ibu pejabat stesen penyiaran negara.

Semalam pada 20 November, ribuan rakyat menyertai demonstrasi di Harare mendesak Presiden Robert Mugabe meletak jawatan.

Robert Mugabe telah hilang sokongan rakyat dan partinya selepas presiden Zimbabwe itu bertegas masih berkuasa walaupun tentera sudah mengambil alih pemerintahan dan menuntut pengundurannya.

Namun berdasarkan ucapan disiarkan secara langsung di televisyen lewat semalam, Mugabe menafikan beliau akan berundur, menyebabkan, krisis di negara itu terus berlangsung.
Rakyat sudah tidak percaya kepada kerajaan dalam urus tadbir menyebabkan mereka beralih kepada penggunaan bitcoin. Semalam harga bitcoin meningkat dua kali lipat menyebabkan harga global bitcin juga meningkat. 
Menurut penganalisis Bitcoin, Manuel Valente, Bitcoin adalah sangat sesuai bagi rakyat Zimbabwe kerana negara tersebut sudah tidak memliki matawang sendiri berikutan hyperinflasi. Ketidakpecayaan kepada institusi kerajaan, rakyat mula beralih kepada matawangcrypto.

Di Afrika, bilangan telefon bimbit adalah lebih banyak daripada akaun bank. Bitcoin hanyak memerlukan telefon bimbit sahaja.

Selain Zimbabwe, Venezuela juga telah mengunakan bitcoin. Inflasi di Venezuela mencapai paras 741% pada tahun lepas menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada matawang crypto.

Adakah bitcoin adalah safe haven? Pandangan Andrew Milne, pengerusi Altana Digital Currency Fund mengatakan, Bitcoin adalah safe haven bagi masyarakat yang telah kehilangan kepercayaan pada kerajaan.” Kebanyakan ketidak percayaan ini didorong oleh kudeta dan peperangan.

Harga bitcoin jatuh sedikit daripada paras tertinggi iatu pada $8,118 sebelum jatuh ke paras $8,080.1 di pertukaran Bitfinex setakat jam 02.50 petang.

Bitcoin Cash kini jatuh daripada paras tertinggi iaitu pada $2790.00 kepada paras $1,180.40. Bitcoin gold naik 28.72% kepada 231.71 setakat jam 02.50 petang.

Ethereum yang merupakan matawang-crypto kedua yang paling bernilai selepas bitcoin mencatat kejatuhan 2.65% kepada $358.40 bagi satu ethereum setakat jam 02.50 petang.

Sumber : Moshed

Post a Comment

0 Comments