Mahathir Kata "Istihar Harta" Rancangan Rafizi Bukan Majlis Tertinggi Harapan


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata calon DAP dan PPBM bukan merupakan fokus rancangan badan Invoke Malaysia yang diketuainya untuk membuat pengisytiharan harta.

“Mereka bukan kerusi marginal jadi ia sangat sukar untuk meyakinkan orang ramai untuk datang dan membantu kempen kami sebagai sukarelawan,” kata Rafizi pada majlis mengumpul sumbangan di sini malam tadi.

Menurut Rafizi, kerusinya di Pandan juga bukan sasaran kempen Invoke kerana ia bukan kerusi marginal.

Mengenai PPBM, Rafizi berkata parti diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu hanya mempunyai 2 wakil rakyat, iaitu seorang ahli Parlimen dan seorang Adun, dan ia juga tidak mempunyai “kerusi tradisional” yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Sejumlah 30 wakil rakyat kebanyakannya dari PKR dan Amanah bersetuju menyertai pengisytiharan harta anjuran Rafizi di samping menandatangani “Akujanji Khidmat Rakyat” untuk tidak melompat parti sekiranya menang pada PRU akan datang.
Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata rancangan pengisytiharan harta itu adalah usaha Rafizi dan bukan gabungan pembangkang tersebut.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” katanya ketika ditanya sama ada akan turut mengisytiharkan harta.

Rafizi berkata majoriti yang bersetuju menyertai rancangan Invoke hampir pasti bertanding di kerusi semasa mereka.

Beliau juga yakin pemimpin PPBM akan menyertai pelan itu selepas rundingan kerusi di kalangan PH selesai.

“Apabila rundingan kerusi selesai, saya pasti PPBM akan muncul dalam kumpulan seterusnya. Ideanya adalah akan ada yang isytihar harta setiap bulan.”

Menurutnya, usaha itu akan memberi tekanan kepada calon lain untuk mengisytiharkan harta mereka.
Daripada 30 wakil rakyat yang menyertai usaha Invoke, 20 daripada PKR, 9 daripada Amanah dan manakala Datuk Mahfuz Omar adalah pemimpin tunggal PAS.
Sumber : FMT

Post a Comment

1 Comments

  1. Mahathir dari umno. konfem harta bertimbun. gila ko nak suruh madey istihar harta. memang takla...

    ReplyDelete