Tadika Kristian "Sabah" VS Tadika Islam "Semenanjung"

Gambar sekadar hiasan

Tadika berteraskan komuniti kristian berbeza dengan tadika berteraskan pendidikan islam. Sepertinya mereka beragama kristian bimbang jika anak mereka terpesong memilih islam. Seperti juga islam bimbang jika anak mereka terpengaruh memilih agama lain sekiranya pendidikan islam tidak diterapkan dari awal. Dalam islam sendiri mewajibkan "fardhu ain"terhadap umat islam.

Adakah salah tadika kristian ditubuhkan. Bagi aku tiada permasalahan dan perkara tersebut tidak perlu dihebohkan seolah meletakkan kerajaan dikriminasi terhadap agama lain yang akhirnya boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni. Menubuhkan tadika islam kerana takut pada pentadbir persekutuan menukar agama kepada agama islam.

Aku harap dikriminasi terhadap agama tidak diperbesarkan sehingga membabitkan kanak-kanak yang boleh mencetuskan perbalahan besar yang lebih teruk daripada dikriminasi bangsa.

Laporan dari Malaysiakini

Beberapa komuniti Kristian di kampung-kampung negeri Sabah memilih menubuhkan tadika mereka sendiri kerana takut para pentadbir persekutuan akan menukar agama anak-anak mereka kepada Islam, menurut ahli sosiologi Datuk Dr Denison Jayasooria.

Beliau menggesa kerajaan agar lebih sensitif kepada keadaan rakyat setempat memandangkan sebahagian besar penduduk Sabah dan Sarawak beragama Kristian berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau sebahagian besar penjawat perkhidmatan awam datangnya daripada satu etnik dan latar belakang agama sahaja.
"Jadi, sama ada pihak kerajaan - dalam sistem penyampaiannya - perlu memastikan pasukan pelbagai etnik atau sesiapa jua penjawat awam (yang bertanggungjawab) mesti lebih sensitif terhadap agama, budaya, bahasa dan keturunan etnik kumpuluan dominan di sesuatu daerah," kata beliau.
Beliau berkata tadika komuniti itu ditubuhkan melalui gereja setempat dan entiti swasta.

Pelihara bahasa asal

Selain takutkan anak-anak mereka yang masih kecil mudah terdedah untuk pertukaran agama, Denison berkata para penduduk juga cuba memelihara bahasa asal mereka.

Perkara ini juga terjadi kepada etnik India, satu lagi kumpulan sosial yang menjadi kajian denison.

Beliau berkata 95 peratus penduduk India Malaysia hanya berpusat di 38 daerah daripada 150 daerah di Malaysia.

"Maksudnya kakitangan awam, peruntukan bajet perlu berbeza. Kita tidak memandang demografi setempat dengan serius dalam pentadbiran (kerajaan)," beliau memberitahu wartawan di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bercakap dalam sebuah panel perbincangan awal hari ini berkenaan kebebasan beragama pada majlis Malaysia Freedom Summit anjuran badan pemikir Institute for Leadership and Development Studies (LEAD).

Post a Comment

3 Comments

  1. nak alih isu jer semua ni. taknak bagi rakyat bercakap soal 1MDB

    ReplyDelete
  2. Maaf ye kita kt sarawak, anak org Islam belajar dari peringkat tadika kt sekolah mubaligh Kristian....lama dah.....bukan isu pun, anak-anak kwn yg beragama Kristian belajar kt KEMAS, kdg2 balik rumah baca doa mkn org Islam sblm mkn, bukan isu.....ntahlah dh no dekat PRU ni, satu hari nanti taik yg tak berbau pun jd isu utama kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak bangkitkan isu jer.. petanda PRU dah dekat.

      Delete