Bila PAS Kondem Mahathir | PAS Membebel "Kosong"


Kalau ditanya rakyat malaysia perbezaan antara zaman pemerintahan mahathir vs najib. Semestinya ramai yang bersetuju dengan era pemerintahan mahathir. Walaupun terdapat kecelaruan dalam beberapa aspek untuk menaikkan nama negara menjadi negara paling terkenal dirantau asia tenggara. Dengan nilaian ringgit yang mengukuh dan negara mampu berdepan hyperinflation yang melampau tanpa rasa terlalu terbeban seperti hari ini. Ini realiti yang PAS perlu terima walaupun mereka mempunyai dendam menggila terhadap mahathir.

Zuhdi lebih memilih menyerang calon PM daripada Pakatan Harapan daripada cuba ketengahkan calon PM ikatan sejahtera sekiranya PAS menang majoriti untuk memerintah malaysia. Tetapi yang mensadiskan, pemimpin PAS harini lebih gemar menokok tambah perkelahian antara BN dan PH. Alternatif belanjawan pun PAS tidak mampu bentangkan kepada rakyat. Adakah PAS merasakan dengan membawa imej islam, semua perkara perlu dituruti tanpa bantah.

Jika PAS benar mahu mengubah pentadbiran politik malaysia secara total, PAS juga perlu berhenti menjadi pasu bunga parlimen dan berhenti mencari kesalahan semata-mata untuk menghentam. Hakikatnya tiada alternatif yang logik boleh diterima untuk meyakinkan rakyat PAS mampu mengambil tampuk pemerintahan BN.

Siapakah Calon "Perdana Menteri" Ikatan Sejahtera ?


Daripada laporan : Malaysiakini 
Mohd Zuhdi Marzuki percaya negara akan terjerumus pada kerosakan lebih teruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik semula sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menerajui negara ini pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat.
"Ketika pemerintahan Dr Mahathir, beliau melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa perdana menteri begitu besar sehingga berlaku campur tangan terhadap institusi kehakiman dan legislatif.
"Beliau sebagai perdana menteri berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan di Harakahdaily.
Mohd Zuhdi yang juga adalah pengarah pusat penyelidikan PAS berkata, pelbagai usaha pembetulan semula dilakukan pada zaman pemerintahan dua perdana menteri selepas Dr Mahathir masih belum berupaya membaiki kerosakan itu. (Macam Ayat Dalam PAU2017 Jer)
"Di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat.
"Akibat daripada dasar dan amalan itu menyebabkan rakyat menanggung bebannya sehingga hari ini, seperti kenaikan kos sara hidup, hutang isi rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar,"
Antara dasar yang diperkenalkan Dr Mahathir yang semakin kelihatan kegagalannya ialah dasar penswastaan yang menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi dan bebanan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, penggalakan pemilikan kenderaan peribadi, peminggiran sektor pertanian, dan penyuburan peranan orang tengah.
“Salah satu perkembangan sosial yang tidak sihat semasa pemerintahan beliau ialah mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menentukan rupa bentuk bangsa dan jati diri rakyat Malaysia. Beliau memperkenalkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara langsung menghakis peranan bahasa Kebangsaan dalam pendidikan.
Dr Mahathir juga menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan federalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum.
"Selain itu, tidak dapat dilihat kejayaan Dr Mahathir ketika pemerintahannya dari segi pengukuhan perpaduan kaum, pembasmian penyalahgunaan dadah, pengurangan jenayah dan lain-lain," 



Post a Comment

1 Comments