#LOL Kisah Sadis Jamal Dilokap Sampai Pengsan


Datuk Seri Jamal Yunos hari ini dibebaskan selepas ditahan 2 hari bagi menyiasat ancamannya terhadap bekas Datuk Zaid Ibrahim pada perhimpunan Umno baru-baru ini.

Sejurus pembebasannya, ketua Umno Sungai Besar itu mendakwa permintaannya untuk mendapatkan tilam ketika dalam lokap tidak dilayan pihak polis, menyebabkan kesakitan akibat urat belakang membengkak sehingga beliau pengsan.
“Pihak majistret telah membenarkan untuk saya diberi tilam, tapi sehingga saya dibebaskan, tilam tidak dapat dan peguam saya malam tadi berusaha untuk menghantar tilam kepada saya tetapi tidak dibenarkan dan saya tidur di atas simen,” 
“Pagi tadi urat belakang saya bengkak dan saya pitam sekejap dan pihak polis mahu bawa saya ke hospital tetapi memandangkan reman saya habis hari ini, saya terus ke hospital,” 
Jamal ditahan pada Sabtu kerana mengugut mencederakan Zaid kerana didakwa menghina sultan.
Rabu lalu, Jamal mengadakan protes membakar keratan gambar mirip Zaid.

Sumber : FMT

Post a Comment

6 Comments

  1. ko ingt ko masuk hotel ke siakkkk

    ReplyDelete
  2. Itu baru satu hari dalam lokap, dah meroyan. Cis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau seminggu, masuk CCU rasanya...

      Delete
  3. Hai.....dulu bukan main lagi tunjuk dalam video youtube kebal, pukul dengan kayu pun tak cedera sikit pun. Ini baru tidur atas simen pun dah sakit belakang, apa punya temberanglah video tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia alahan dgn simen. ko fhm tak ape itu sinetron

      Delete
  4. woi jamal nape bengap sgt, xkn la xfhm'2 lg ..tu maknanye semue org dh menyampah dgn kau. kau xpuas hati kau saman jer la polis, xyah nk bising'2 ..

    ReplyDelete