Calon PAS Warak, Tak Perlu Tapisan SPRM ?


Pas tidak perlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menapis calon mereka yang akan bertanding pada PRU14 akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Syura Ulama Pas mereka jauh lebih halus penelitiannya berbanding SPRM.
"SPRM hanya menapis dari sudut rasuah, Syura menapis dari segi syarak, akhlaknya, amalan hariannya dan keluarganya. Jadi kita tidak perlu serahkan kepada SPRM atau pihak-pihak lain," katanya.
Beliau dalam masa sama juga berkata, pada kali ini Pas akan memperuntukkan beberapa kerusi untuk calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
"Saya fikir hampir setiap negeri ada peruntukan kerusi untuk DHPP kecuali mungkin tidak ada pun di Kelantan dan Terengganu kerana komposisi kaum di situ," katanya.
Dalam pada itu, beliau merakamkan tahniah kepada Pas Pahang dengan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.3 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini, yang mengumpulkan kira-kira 20,000 jenteranya dari seluruh negeri ini, semalam.
"Pas dan Gagasan Sejahtera telah bersedia menghadapi PRU14. Semua jentera sudah bersedia," katanya.

Sumber : SH

Post a Comment

0 Comments