Kerajaan Porak-Peranda Yang PAS Mahukan?


Kuasa penentu atau menubuhkan kerajaan porak peranda. Adakah itu matlamat PAS.

Dengan kehadiran fastaqim, PAS mendabik dada seolah merekalah pilihan rakyat dan menjatuhkan pihak lawan dengan menyerang peribadi.

Tindakan PAS yang mahu tubuhkan kerajaan yang tidak stabil hanya mengundang campur tangan tentera dan kecelaruan pentadbiran. PAS kelantan kekal kerana arwah TGNA dan PAS terengganu belum pernah menang berseorangan melainkan bersama gabungan.

Dengan halatuju yang rapuh sebegini PAS cuba memancing undi golongan professional? Atau PAS mengharapkan pengundi atas pagar akan mengambil risiko meletakkan negara dalam keadaan politik tidak stabil.

Untuk PRU14, rakyat akan cuma memilih samada kekalkan najib atau gantikan dengan mahathir. Itu saja! Melainkan PAS mempunyai calon perdana menteri yang solid untuk mentadbir negara. Tetapi PAS tiada calon PM!

Sumber : MK

Post a Comment

1 Comments

  1. Parti suci ni sebenarnya over confidence, cakap2 setakat syok sendiri je..semua dia yg betul, tak sehaluan semua salah & kafir. Kalau undi parti suci, lagi tenat keadaan, garenti..

    ReplyDelete