Mitsubishi Bank Japan Lancar Tukaran KryptoWang


Bitcoin dan matawang kripto lain menunjukkan penurunan melampau pada minggu ini. Berikutan china yang begitu aggresive memastikan penggunaan bitcoin di china secara total tidak berlaku. Terbaru dikatakan china tidak membenarkan aktiviti melombong bitcoin dijalankan. Walaubagaimanapun, jumlah bitcoin yang tersisa untuk dilombong hanya 4juta bitcoin sahaja yang tersisa.

Berbeza pula pendekatan yang diambil jepun, negara yang cintakan teknologi. Japan satu2 negara yang membenarkan penggunaan bitcoin secara komersil. Terbaru bank terkemuka jepun, melancarkan tukaran bitcoin dan matawang kripto lain. Dikatakan juga mitsubishi bank akan melancarkan kriptowang sendiri yang dinamakan Mitsubishi bank coin. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada perbadanan kewangan jepun.

Jika benar jepun membuka pasaran bitcoin dan matawang kripto lain, ia satu petanda positif untuk matawang jepun dimana pelabur dan brokerage akan memilih jepun sebagai destinasi paling selamat untuk perniagaan tukaran matawang kripto.

Post a Comment

1 Comments