SPRM Terkejut, Rakyat Rasanya Tak Terkejut


Kemerosotan kedudukan Malaysia dan Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru oleh Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini mengejutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Malaysia sepatutnya di kedudukan lebih baik jika diambil kira tindakan agresif serta tangkapan dibuat mereka.
“Bagi saya indeks pada tahun ini kalau mengikut realiti yang berlaku dalam negara dan tindakan yang dah diambil oleh SPRM itu, maka sepatutnya indeks tersebut adalah berada pada kedudukan yang lebih baiklah daripada 2016. Dan itu jangkaan saya tapi saya tak boleh kata di kedudukan mana.
“Sebab itu saya katakan saya agak terkejut dengan laporan yang dikeluarkan kerana ia tak selaras dengan realiti, tindakan, pencegahan dan pendidikan yang agresif, yang telah kita laksanakan pada tahun 2017,” kata Dzulkifli dalam sidang media di Akademi SPRM, Kuala Lumpur hari ini.
Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru meletakkan Malaysia di kedudukan setaraf dengan negara komunis Cuba.

Kedua-dua negara ini diberikan 47 mata dalam skala kosong hingga 100. Kosong bermaksud paling rasuah dan 100 pula sangat bersih.

Malaysia dan negara Caribbean itu juga berkongsi tangga ke-62 dari 180 negara dalam indeks yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber : MK

Post a Comment

2 Comments