Equanimity Disita Semula Pihak Berkuasa Indonesia


Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi memasuki dan menyita kapal persiaran mewah Equanimity hampir dua bulan selepas sitaan kali pertama disahkan terbatal atas faktor teknikal.

Langkah itu didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah semalam dan dilihat Malaysiakini.

Menurut dokumen itu Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ mengemukakan permohonan untuk bantuan perundangan bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April.

Ekoran permohonan berkenaan pihak berkuasa Indonesia kembali menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.

Pada 9 Jul 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanakan proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.
Semasa di dalam kapal pihak berkuasa menyerahkan satu salinan waran tangkap ke atas kapal layar, serta satu lagi salinan waran tangkap untuk kapten Equanimity, kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah Daerah California.

Langkah tersebut dibuat sebagai makluman kepada mahkamah bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah dilaksanakan.


Kes masih di mahkamah

Pada dokumen tersebut turut disertakan gambar waran berkenaan diserahkan oleh polis Indonesia di atas kapal Equanimity.

Berdasarkan laporan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang turut dikemukakan kepada mahkamah, mereka dimaklumkan oleh polis Indonesia bahawa ketika waran itu diserah seorang peguam ada bersama kapten kapal tersebut.

"Polis Indonesia percaya bahawa peguam itu mewakili pemilik kapal persiaran berkenaan," kata laporan itu.

Asalnya DOJ mengemukakan saman pelucutan hak secara sivil ke atas kapal bernilai AS$250 juta itu pada 15 Jun tahun lalu.

Ia adalah antara 30 saman seumpamanya yang dilakukan pihak terbabit untuk merampas pelbagai aset yang didakwa AS diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB.

Equanimity didakwa dimiliki Jho Low. Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini mendakwa tuduhan yang dikaitkan kepadanya bermotifkan politik.

Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini merampas Equanimity atas permintaan DOJ pada 28 Feb lalu.

Bagaimanapun Mahkamah Daerah Jakarta memutuskan rampasan itu tidak sah kerana MLA dikemukakan DOJ diserahkan terus kepada polis, sedangkan ia sepatutnya melalui Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.

Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana rampasan terbaru itu akan memberi kesan kepada Equanimity, krunya serta pertikaian mengenai hak penjagaan kapal layar tersebut.

Pada 15 Mei lalu Mahkamah Daerah California sudah menyerahkan hak penjagaan Equanimity kepada DOJ kerana berpendapat kru semasa kapal itu tidak boleh dipercayai untuk membawanya kembali ke AS.

Peguam mewakili pemilik berdaftar Equanimity, Equanimity (Cayman) Ltd, sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan kesnya belum diputuskan di AS.

Pada 14 Jun lalu Mahkamah Rayuan menolak usul Equanimity Ltd untuk kekal sebagai penjaga kapal tersebut. Itu bermakna pada ketika berkenaan DOJ masih diberikan hak untuk mengelola Equanimity.

Sumber : MK

Post a Comment

1 Comments

  1. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete