Tanpa Bincang.. Kabinet Lulus RM2 Billiunnnnn....

Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-27 hari ini.

Malaysiakini membawa liputan secara langsung perbicaraan tersebut. (Baca Dari Bawah Naik Ke Atas)

2.45pm: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Mazidah Abdul Majid berkata Kabinet meluluskan resolusi untuk menyediakan jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk SRC International tanpa sebarang perbincangan dengan menteri yang hadir.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan, saksi ke-40 itu mengatakan ketetapan itu telah diluluskan tanpa perbincangan semasa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak pada 8 Feb 2012.

"Tiada perbincangan dalam mesyuarat Kabinet (8 Feb 2012).

"Kalau ada perbincangan, ia telah terkandung dalam minit," kata Mazidah ketika memberikan keterangan.

SRC International telah diberikan sejumlah RM4 bilion pinjaman daripada KWAP.

Bahagian pertama sebanyak RM2 bilion telah diberikan pada bulan Ogos 2011, dan bahagian kedua sebanyak RM2 bilion lagi telah diberikan pada bulan Mac 2012.

Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, Najib juga mengetuai Menteri Kewangan Diperbadankan.

Mazidah berkata antara menteri yang hadir pada mesyuarat kabinet ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yahsin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop, menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Mohd Shafie Apdal, dan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain itu mereka yang hadir ketika itu ialah Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hanidi, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia S Subramaniam.

2.40pm: Perbicaraan disambung semula dengan pemeriksaan utama terhadap saksi ke-40,  bekas timbalan ketua setiausaha kabinet, Mazidah Abdul Majid.

1pm: Mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

12.45pm: Mahkamah beralih kepada saksi seterusnya, iaitu bekas timbalan ketua setiausaha kabinet Mazidah Abdul Majid.

Beliau memberi keterangan bahawa dalam mesyuarat pada tahun 2011, kabinet telah meluluskan resolusi untuk menyediakan jaminan kerajaan kepada SRC International bagi mendapatkan pinjaman RM2 bilion tanpa kehadiran menteri.

Mazidah memberitahu mahkamah tinggi bahawa minit mesyuarat kabinet tidak menunjukkan sebarang perbincangan diadakan berhubung perkara itu.

Mesyuarat Kabinet diadakan pada 17 Ogos 2011 dan dipengerusikan oleh perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, Najib Razak.

Menurut Mazidah, memorandum itu diterima daripada Kementerian Kewangan.

Memorandum tersebut pada asalnya bertujuan agar SRC International diberikan pengecualian cukai dan perdana menteri Najib Razak akan diberikan kuasa untuk menentukan terma dan syarat-syarat pinjaman.

"Tidak ada dibincangkan oleh kabinet, kerana jika ada, ia akan muncul pada minit mesyuarat itu.

"Nota sedemikian tidak wujud pada minit ini," kata beliau.

12.15pm: Anggota lembaga pengarah SRC mempunyai pilihan letak jawatan atau digugurkan jika enggan patuh pada minit mesyuarat mengandungi nasihat perdana menteri sebelum ini Najib Razak.

Perkara ini didedahkan oleh bekas pengerusi anak syarikat 1MDB itu Ismee Ismail semasa sesi soal semula oleh DPP Mohd Yusof.

Dalam keterangan sebelum itu, mahkamah diberitahu bahawa Najib, juga menteri kewangan sebelum ini, ialah penasihat emeritus SRC.

11.10am: Perbicaraan SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur gamat dengan ketawa selepas mendengar DPP, V Sithambaram berulang kali merujuk ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho sebagai J Lo dan bukannya Jho Low.

Ini menyebabkan peguam utama, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Sithambaram bahawa sebutan sepatutnya ialah Jho Low.

Sithambaram pada mulanya dilihat tidak menyedari kesilapannya apabila terus menyebut nama J Lo.

Sithambaram: Rakan saya (peguam) Harvinderjit semalam bertanya kamu beberapa soalan, dan saya ingin bertanya kepada kamu sekali lagi hanya untuk penjelasan.

Dia bertanya kepada kamu sama ada Jerome Lee, Terrence Geh dan Nik Faisal adalah rakan terdekat J Lo.

Dan kamu kata sekarang kamu tahu mereka (rakan terdekat Jho Low).

Ismee: Ya ya

Sithambaram: Apa jawatan Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam 1MDB?

Ismee: (Dia adalah) pengerusi lembaga penasihat 1MDB

Sithambaram: Apakah jawatan, kedudukan J Lo dalam lembaga pengarah 1MDB?

Ismee: Tiada jawatan dalam 1MDB

Sithambaram: Saya ingin tanya soalan yang sama seperti Harvinderjit. Daripada apa yang kamu tahu, adakah Datuk Seri Najib seorang yang rapat dengan J Lo?

Ismee: Saya tidak tahu

Ini menyebabkan Shafee memperbetulkan perkataan digunakan Sithambaram

Shafee: Ia adalah Jho Low

Sithambaram: Ya J Lo

Jawapan DPP itu menyebabkan ramai yang hadir dalam mahkamah ketawa, sebelum Ismee, yang juga bekas pengerusi SRC International, juga turut sama berbuat demikian.

Ismee: Kamu tanya (saya) mengenai J Lo atau Jho Low?

J Lo ialah nama panggilan yang sering digunakan oleh penyanyi terkenal Amerika Jennifer Lopez.

10.22am: Bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail bersetuju dengan peguam bahawa Artikel 117 Persatuan SRC International tidak mewajibkan lembaga pengarah syarikat tersebut mematuhi nasihat perdana menteri dan penasihat emeritus kepada syarikat itu, Najib Razak tentang bagaimana syarikat itu diuruskan.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah, saksi ke-39 itu bersetuju bahawa ini berbeza dengan Seksyen 3 Akta Pembangunan Petroleum, di mana Petronas tertakluk kepada kawalan dan arahan perdana menteri.

Shafee: Merujuk kepada Artikel 117, di mana perdana menteri telah dilantik sebagai penasihat emeritus, nasihat perdana menteri, lembaga hendaklah memberi pertimbangan dan melaksanakan apa-apa nasihat untuk kepentingan terbaik syarikat.

Ini berbeza dengan Seksyen 3, yang merupakan arahan mandatori (dari perdana menteri mengenai Petronas).

Perkara 117 masih terkandung dalam Akta Syarikat, demi kepentingan syarikat.

Ismee: Ya.

Ismee juga mengatakan ketika masih merupakan pengerusi SRC, beliau tidak melihat apa yang salah untuk mengikuti nasihat Najib yang diwakili pada masa itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Nik Faisal Ariff Kamil kerana ia adalah demi kepentingan terbaik syarikat itu.

10am - Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil mungkin dikelirukan oleh pengarah kewangannya Terrence Geh mengenai penyerahan laporan kewangan syarikat yang diaudit untuk tahun 2013.

Saksi Ismee Ismail memberitahu mahkamah tinggi bahawa ini juga sebab mengapa lembaga dikelirukan untuk mempercayai bahawa laporan itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat.

Ismee, yang merupakan pengerusi syarikat memberi keterangan ini semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee: Sekarang Tan Sri, ini adalah penting, saya harap ia tak menjadikan kamu tidak selesa. Mahkamah akan buat keputusan mengenai nasib Datuk Seri Najib.

(Peguam) Harvinderjit Singh telah membawakan kamu beberapa contoh.

Adakah kamu percaya - apabila Nik Faisal berkata akaun yang diaudit itu, tidak disengajakan, apabila dia membuat laporan salah kepada lembaga bahawa laporan audit telah diserahkan, apakah kamu mempercayainya?

Ismee: Apa yang saya dapat ingat, apa yang saya percaya sekarang ialah bahawa ia juga telah diwakili oleh Terrence yang menyediakan akaun itu.

Shafee: Terrence, apa nama penuhnya?

Ismee: Terrence Geh.

9.50am: Saksi pendakwaan Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak akan menerima pelantikan sebagai ahli lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd jika tahu mengenai isu kecurangan Nik Faisal Ariff Kamil.

Ismee memberi keterangan itu selepas beliau bersetuju dengan peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah bahawa beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan Nik Ariff Kamil.

Shafee: Adakah kamu bersetuju dengan saya bahawa kejujuran Ketua Pegawai Eksekutif, dalam kes ini Nik Faisal, adalah penting untuk lembaga berfungsi?

Ismee: Ya

Shafee: Dia mesti jujur, mendedahkan secara penuh dan jujur untuk lembaga membuat keputusan?

Ismee: Ya

Shafee: Kamu tidak mempunyai masalah dengan lembaga. Tetapi kepercayaan terhadap Nik Faisal. Kamu ada isu mempercayai kepadanya pada tempoh tersebut?

Ismee: Tidak

Shafee: Adalah tepat untuk mengatakan hari ini bahawa kamu mempunyai pandangan yang berbeza dengan Nik Faisal, selepas banyak pendedahan. Kami tunjukkan kepada kamu dokumen, bukti?

Ismee: Ya

Shafee: Dengan pengalaman yang lalu, jika diketahui maka kamu akan lebih berhati-hati?

Ismee: Saya bahkan tidak akan menerima pelantikan itu.

Shafee: Mengapa

Ismee: Kenapa mesti?

Shafee: Kamu mesti ada sebab.

Ismee: Susah nak percaya.

Shafee: Lembaga takkan berfungsi (tanpa kejujuran CEO)?

Ismee: Ya

Cucu Kepada Bekas Menteri Besar Kelantan

9.20am - Mahkamah Tinggi mendengar keterangan saksi bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, merupakan cucu kepada bekas menteri besar Kelantan dan bekas speaker Dewan Rakyat, Nik Ahmad Kamil.

Keluarga Nik Faisal disebut ketika pemeriksaan balas terhadap Ismee Ismail, yang juga bekas pengerusi syarikat itu, apabila peguam bela Muhammad Shafee Abdullah menyoal Ismee mengenai kelayakan anggota lembaga pengarah SRC International.

Ismee dalam keterangannya berkata tidak tahu siapa melantik Nik Faisal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan syarikat itu.

Namun beliau bersetuju cadangan Shafee bahawa Nik Faisal datang dari latar belakang yang baik dan mempunyai kelayakan yang baik.

Shafee: Adakah kamu tahu bagaimana Nik telah dilantik?

Ismee: Dalam SRC? tidak tahu

Shafee: Tidakkah kamu cuba untuk tahu?

Ismee: Tidak.

Shafee: Dia masih muda. Berapa umurnya?

Ismee: Kalau kamu minta saya teka..Saya tidak pernah terfikir nak tanya umurnya. Saya fikir dia berumur 46 tahun.

Shafee: Jadi dia sepatutnya lebih daripada 46 sekarang. Berapa umur kamu?

Ismee: 54

Shafee: (Adakah kamu tahu) latar belakang keluarga Nik Faisal dan sebagainya?

Ismee: Siapa datuknya, jika tidak silap dia (datuk Nik Faisal) adalah bekas Speaker atau MB Kelantan.

Shafee: Jadi Allahyarham datuknya Nik Kamil, speaker Melayu pertama.

Ismee: Saya fikir begitu. Dia datang dari latar belakang keluarga yang baik

Shafee: Dan Nik Kamil juga bekas MB dari Kelantan.

Ismee: Ya

Shafee: Kamu setuju dia datang dari keluarga yang dihormati di Kelantan?

Ismee: Ya

Shafee: Dan Malaysia

Ismee: Ya

9.38am - Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor keluar dari mahkamah apabila timbalan pendakwaraya, V Sithambaram membangkitkan sama ada wajar untuk dirinya berada di situ kerana beliau merupakan seorang saksi yang berpotensi dalam kes itu.

Rosmah dilihat berdiri di barisan depan galeri awam dan meninggalkan mahkamah, dengan diikuti peguamnya K Kumaraendran.

Sejurus sebelum itu, Sithambaram memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana pernyataan Rosmah telah direkodkan, adalah lebih baik bagi dirinya untuk tidak berada di mahkamah untuk mengelakkan masalah pada masa depan.

"Rosmah Mansor berada di mahkamah. Dia adalah saksi yang berpotensi, kenyataan beliau sebagai saksi telah direkodkan.

"Kami tidak mahu sebarang masalah kemudian hari. Kami tidak mahu dilihat menyukarkannya, ia hanyalah satu prosedur," kata Sithambaram.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia menyerahkannya kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

9.22am - Isteri Najib, Rosmah Mansor memasuki bilik mahkamah.

Dia yang dilihat memakai baju kurung berwarna merah, mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam, berdekatan suaminya yang duduk di kandang tertuduh.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah sedang memeriksa balas bekas Pengerusi SRC, Ismee Ismail.

9.07am - Najib Razak melangkah masuk ke kandang tertuduh sejurus perbicaraan bermula.

9am - Najib Razak memasuki mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam untuk menunggu prosiding bermula.

Turut kelihatan di mahkamah adalah peguamnya Muhammad Shafee Abdullah dan pasukan pembelaan, serta timbalan pendakwaraya (DPP) V Sithambaram bersama pasukan pendakwaan.

Hari ini merupakan hari ketujuh bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail akan memberi keterangan dalam perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak atas dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM42 juta melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan yang masuk hari ke-27 diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula jam 9 pagi ini.

Ismee yang merupakan saksi ke-39 akan disoal sekali oleh pihak pembelaan menerusi peguam Harvinderjit Singh.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian dijangka mengambil alih tugas itu seperti dimaklumkan oleh Harvinderjit kepada Nazlan pada akhir prosiding semalam.

Lim bukan sebahagian daripada rombongan dalam dua lawatan terakhir Mahathir ke China sebelum ini.

MK

Post a Comment

0 Comments