Jangan Bagitau Pak Kadir, Nanti Dia Merajuk Dan Ugut Lagi - Najib


Khazanah Nasional telah menjual semua kepentingan mereka dalam syarikat air dan elektrik Saudi Arabia dengan harga RM290 juta kepada syarikat Malakoff milik Tan Sri Syed Mokhtar.

Syarikat Saudi Arabia mencatat keuntungan setiap tahun tetapi kini telah dijual oleh kerajaan PH.

Semalam, syarikat Malakoff mengumumkan bahawa pembelian ini akan menaikkan keuntungan mereka setiap tahun dengan serta-merta.

Contoh yang mereka beri ialah pembelian ini akan menaikkan keuntungan mereka untuk tahun kewangan 2018 sebanyak RM68.3 juta dari RM274.4 juta kepada RM342.7 juta.

Dulu, kita kuat berusaha membina aset untuk negara tapi dituduh jual negara.

PH pula gigih untuk menjual aset negara tiap-tiap hari selepas mereka menang PRU14.

Tapi ini yang Raykat mahu.

PS: Jangan beritahu Pak Kadir. Nanti dia merajuk dan ugut lagi.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments