Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi... Menteri PH Suka Sembur Api Kebencian Ke?

Status penduduk tetap yang dimiliki oleh penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Itulah penegasan disuarakan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran yang pada masa sama menyifatkan keberadaan Zakir di negara ini merupakan sesuatu yang memalukan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menggunakan kenyataan rasmi Kementerian Sumber Manusia, Kula Segaran menjelaskan isu Zakir mahu dibawa ke Kabinet selepas mendakwa penceramah itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat berbilang etnik di sini.

Beliau menyifatkan Zakir sebagai seorang pelarian dan mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai sejarah Malaysia, sekali gus tidak sewajarnya diberikan keistimewaan.

Adakah Naik (Zakir) juga cuba untuk mewujudkan perpecahan dalam masyarakat berbilang etnik dan agama supaya beliau terus menikmati kekebalan dan keistimewaan yang diterima daripada sokongan komuniti Muslim untuk terus berada di negara ini?
Adakah Naik (Zakir) juga sedang memanfaatkan polemik semasa berkaitan dengan bangsa dan agama di negara ini demi kelangsungan dan kebaikkannya dengan menggunakan wang pembayar cukai?

Menurut Kula Segaran, Zakir baru-baru ini membandingkan penganut Hindu di negara ini dengan Muslim di India dalam satu ceramah di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, Zakir menyatakan bahawa penganut Hindu di negara ini menikmati lebih 100 peratus hak berbanding Muslim di India.

"Beliau kemudian memberitahu, adalah malang apabila penganut Hindu di Malaysia, dengan semua manfaat, lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Sekiranya dikaitkan ucapannya itu, seolah-olah mempunyai kaitan dengan taktik UMNO/Pas menyahstabilkan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) melalui sentimen etnokeagamaan yang menyalahgunakan agama di negara ini," ujar beliau.

Utusan

Post a Comment

2 Comments

  1. Dr Zakir adalah seorang saintis dan tokoh perbandingan agama. Dia juga seorang sarjana yang dihormati kerana ketinggian ilmu2 agama. Eloklah buat suatu dialog perbandingan agama2 di Malaysia panggil sami2 dan paderi buat secara live di TV1. Semua dapat saksikan dialog secara ilmiah itu. Harap menteri komunikasi Gopal Singh setuju dengan cadangan ini. Setiap rakyat punyai hak kebebasan bersuara selagi ianya bersifat ilmiah...

    ReplyDelete
  2. Dr Zakir sebenarnya seorang yang baik, patuh kepada undang2 dan sangat sederhana orangnya. Tapi malang sekali ianya sengaja diburuk2kan oleh musuh2nya terutama DAP. Tak salah kalau ia mengatakan old guest dan new guest. Ianya sebahagian dari sejarah. Old guest datang naik tongkang tidak dijemput. Mereka berada dimana2 bahagian dunia hatta di Argentina sekalipun. Mereka dahulu memasuki negara tersebut secara HARAM. New guest datang naik kapalterbang seperti Dr Zakir... apa yana masalah sangat dengan Dr Zakir ini?

    ReplyDelete