Masalah Balaci PH Sendiri Protest Keputusan Kerajaan PH - Macam Mana Nak Harmoni?

Selepas mendapat tampuk pemerintahan, rakyat disajikan dengan 3 bulan tanpa tax dengan harapan harga barang akan turun. Rakyat masih didalam mood keyakinan tinggi terhadap pemerintahan baru. Kebanyakan mengharapkan situasi ekonomi menjadi lebih mampan dan jitu. 

Jangkaan meleset, ringgit masih diniagakan rendah dan pasaran saham menghadapi situasi jualan besar-besaran. Akhirnya menyebabkan syarikat bawah seliaan kerajaan sendiri menghadapi defisit keuntungan. Selepas tax free tamat, tiada penurunan harga malah berlaku kenaikan yang tidak terkawal. Rakyat mengharapkan tindakan tegas terhadap peniaga ingkar, namun ia tidak berlaku. 

Selepas dilihat tiada pelaburan baru yang kukuh masuk ke dalam negara, malah hutang negara semakin bertambah. Mood rakyat bertukar kepada berpolitik selepas isu "anwar pm 8" di gembar gemburkan. Pergaduhan antara pemimpin PKR yang tidak berkesudahan menjadikan suasana politik negara semakin rumit. 

Boom pertama dilancarkan oleh pihak kerajaan sendiri, boom kedua "jawi" juga dilancarkan oleh kerajaan sendiri dan mendapat tentangan daripada ketua konco-konco kerajaan sendiri. Begitu lantang mereka bersuara seolah malaysia ini adalah hak mutlak kaum bermata sepet. 

Namun, pendekatakan berbeza diambil oleh 2 kerajaan negeri pantai timur dimana mereka akan memperluaskan penggunaan bahasa mandarin di setiap pondok. Dan terbaru dikatakan tadika pasti akan memulakan pengajaran bahasa mandarin bermula tahun 2020. 

Situasi panik "Zakir Naik" juga pada awalnya dicetuskan oleh pemimpin kerajaan sendiri yang mempersoalkan keputusan kerajaan tidak menghantar DZN kembali ke india. Bukannya sebulat suara rakyat malaysia (majority) menolak menghantar DZN kembali ke india dan DZN pernah mendapat perlindungan dibawah kerajaan BN dahulu. Persoalanya, mengapa mereka pemimpin kerajaan sendiri mahu mencetuskan kontroversi dalam media?

Jika perkara ini berlanjutan dan pemimpin PH suka mengeluarkan kenyataan sinis agama atau bangsa, PH akan menghadapi kekalahan teruk pada PRU15 akan datang. 

Kita nantikan belanjawan 2020 yang ditulis, ditarah, diconteng, diselidiki sendiri oleh pemimpin PH. Apakah ia mendatangkan keuntungan kepada rakyat ataupun paksaan rela kepada rakyat. 

Ugutan yang diterima adun, sendiri cari hal, kerajaan sealiran sendiri yang putuskan. Tapi menolak dan cetuskan ketidakharmonian. Siapa yang salah dalam isu ini sebenar.

Adun Terima Ugutan | Malaysiakini
Pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali disyaki mempunyai kaitan dengan kempen bantah tulisan Jawi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada lelaki berusia 42 tahun itu pada 5.15 petang semalam, memaklumkan menerima sampul surat yang dialamatkan ke rumahnya di Kajang.
Beliau berkata pembantu ADUN berkenaan tidak pasti atau mengenali individu yang menghantar sampul surat itu kerana tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini.
“Bagaimanapun, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Md Fahrul Afifi di talian 014-3700870.
Ahmad Dzaffir mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.
“Saya menyeru masyarakat supaya tidak membuat kenyataan yang boleh membangkitkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan permusuhan dengan niat jahat,” katanya.

Post a Comment

0 Comments