15 Petua Garam Yang Membuatkan Kehidupan Anda Menakjubkan!


Garam, bukan hanya bahan dapur yang sangat berguna dalam mengatur rasa suatu makanan, tapi juga adalah bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.

Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang juga sangat penting dan tidak banyak orang tahu mengenai hal ini.

Kajian yang dijalankan secara saintifik atau orang biasa menunjukkan garam mempunyai banyak kegunaan yang pasti buatkan anda tidak sangka.

1. Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.

2. Mengubati sinus

  • Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, Ia boleh dibeli di farmasi. Atau ;
  • Anda juga boleh membuatnya sendiri dengan sukatan 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.


3. Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.

4. Mengecutkan jerawat.

  • Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. 
  • Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut.
  • Lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.


5. Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.

6. Untuk detoks kulit.

  • Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. 
  • Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.


7. Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.

8. Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin basuh ketika mencuci. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasil cucian anda.

9. Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.

10. Ketika kasut berbau taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang busuk itu akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

11. Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, ia mampu membuatkan berus gigi tahan lebih lama.

12. Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.

13. Rendam tuala baru dengan air garam, ia boleh mencegah tuala daripada terjadinya tahi lalat.

14. Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam dan keesokan harinya spans tersebut akan bersih seperti baru.

15. Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.

FMT

Post a Comment

2 Comments

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete