Peguam PPBM Berang! - Sejak Bila Polis Lapor Hasil Siasatan Kat Menteri Kewangan?



TANGGUNGJAWAB LIM GUAN ENG SEBAGAI PEMIMPIN PARTI KOMPONEN KERAJAAN & MENTERI KEWANGAN UNTUK TIDAK MEMBERI PERSEPSI PERLANGGARAN PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Tunjang utama yang menjadi dasar kepimpinan Kerajaan Malaysia di bawah PAKATAN HARAPAN adalah pematuhan kepada prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (adherance to the RULE OF LAW).

2. Kepimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia, TUN DR MAHATHIR sebagai Perdana Menteri, tidak pernah jemu-jemu mengingatkan kepada kesemua pihak samada pemimpin Kerajaan mahupun rakyat biasa bahawa kejayaan mana-mana negara bertamaddun seperti MALAYSIA, mestilah bersandarkan kepada penegakan prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (adherance to the RULE OF LAW), untuk menentukan negara tercinta ini tidak terjerumus semula ke tahap kerosakan pra PRU-14 terdahulu.

3. Hatta, ianya adalah menjadi tanggungjawab kesemua pemimpin parti komponen di dalam PAKATAN HARAPAN untuk sentiasa berwaspada agar mana-mana tindak-tanduk mahupun kata-kata setiap mereka tidak mendedahkan kepada tercetusnya PERSEPSI di kalangan Rakyat, seolah-olah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) cuma dijadikan MANTRA KOSONG yang TIDAK IKHLAS, bak kata pepatah "HANGAT-HANGAT TAHI AYAM". PERSEPSI NEGATIF ini WAJIB menjadi tanggungjawab semua untuk DIJAUHI dan DIHINDARI !!

4. Saya telah awal malam tadi, memberikan komen saya tentang  ketidakwajaran pengeluaran Kenyataan pra-matang oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P RAMASAMY sepertimana dilaporkan oleh MALAYSIAKINI bertarikh 10.10.2019 bertajuk "Ramasamy tak gentar, bidas tindakan keras ke atas LTTE", melalui tulisan saya di Siri : 1821 yang baru lalu.

5. Namun malangnya Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi Laporan MALAYSIAKINI 10.10.2019 bertajuk "Polis jamin tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan - Guan Eng" di mana Menteri Kewangan LIM GUAN ENG telah dipetik antara lain sebagai berkata :

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihak polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan Hariamu Pembebasan Tamil Eelam (LTTE),
Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 
Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah.
Lim berkata polis mendakwa mereka mempunyai "bukti kukuh" dan telah "merujuk kepada pihak atasan" sebelum mengambil tindakan.", dan
Polis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal.

6. Tidak dinafikan bahawa penahanan mana-mana ahli parti politik, apatah lagi pemimpinnya oleh pihak berkuasa akan serrta-merta memerlukan kenyataan sokongan dan kepercayaan parti terhadap ketidaklibatan individu-individu terbabit dalam kelakuan jenayah itu adalah dizahirkan, malah dengan menghulurkan bantuan guaman serta-merta yang perlu kepada individu berkenaan, selari dengan konsep tanggungjawab parti untuk memelihara kebajikan ahli mereka. Namun, ianya juga adalah amat penting agar kata-kata mahupun tindak-tanduk pemimpin parti politik itu tidak mencetuskan PERSEPSI NEGATIF seolah-olah adanya penyalahgunaan kuasa salah di tahap para pemimpin yang memegang jawatan dalam Kerajaan, apatah lagi sebagai MENTERI KEWANGAN seperti LIM GUAN ENG.

7. Berhubung dengan isu ini saya perlu merekodkan kerisauan saya tentang PERSEPSI NEGATIF yang mungkin tercetus di kalangan Rakyat tentang kononnya wujud campurtangan salah LIM GUAN ENG dalam urusan kerja siasatan jenayah POLIS, serta PERSEPSI NEGATIF lanjut tentang kononnya akan wujud layanan istimewa diberi kepada pemimpin parti politik DAP terbabit, disebabkan campurtangan salah itu !!

8. Bahagian petikan kenyataan LIM GUAN ENG, seperti yang dipetik dan dilaporkan oleh Laporan MALAYSIAKINI yang boleh menimbulkan PERSEPSI NEGATIF berkenaan  adalah :

(a) "Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan,"

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah pihak POLIS akan memberi maklumat bahawa " ... tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan .. ", sedangkan SIASATAN alegasi jenayah"TERRORISME LTTE" ini masih BELUM TAMAT ??!!

(b) "Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah."

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah pihak parti DAP boleh memperolehi bukti untuk meyakinkan pihak POLIS bahawa " ... kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah ... ", berhubung alegasi jenayah"TERRORISME LTTE", sedangkan kuasa SIASATAN dan perolehan BUKTI lengkap adalah di bawah kuasa POLIS ??!!

(c) "Polis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal."

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah LIM GUAN ENG boleh menyatakan walaupun betul bahawa POLIS boleh " ... berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara ... ", namun semestinya HASIL SIASATAN itu akan " ... membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal.", sedangkan BEBAS dari segi undang-undang bermaksud "TIDAK BERSALAH" ??!!

9. Saya sesungguhnya SARANkan dengan tegas, bahawa kesemua pemimpin politik dalam PAKATAN HARAPAN, walaupun difahami akan terkesan dengan alegasi penglibatan ahli-ahlinya dalam JENAYAH TERRORISME" yang serius ini, namun hendaklah sentiasa berusaha untuk menegakkan  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW), dan menjauhi daripada mengambil tindak-tanduk atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menjurus kepada tercetusnya PERSEPSI NEGATIF campurtangan salah pemimpin Kerajaan dalam meruntuhkan tunjang KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW).

10. Sekiranya tidak, ianya adalah dikhuatiri bahawa segala usaha murni kesemua pihak yang brerjuang di bawah teraju TUN DR MAHATHIR dengan tungkus lumus dalam menjatuhkan Kerajaan Kleptokrasi terdahulu melalui kejayaan PRU-14, akan menjadi sia-sia, cuma disebabkan "KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGGA" !!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Hanif Khatri

Post a Comment

0 Comments