Bloomberg Melaporkan Pelabur Tidak Berminat Pasaran Saham Malaysia Walaupun Harga Saham Rendah


Awal tahun ini, Bloomberg memberi gelaran pasaran saham paling teruk dalam dunia kepada Bursa Malaysia kita.

Pagi ini pula Bloomberg melapor:

Walaupun harga saham semakin hari semakin murah di pasaran saham paling teruk dalam dunia,  tiada pelabur yang mahu membeli kerana mereka tidak yakin dengan Malaysia.

Ini adalah pencapaian amat luar biasa Menteri Kewayangan dan kerajaan PH kita.

Dalam tempoh masa 18 bulan sahaja kerajaan PH berjaya UBAH pasaran saham paling lama menaik dalam dunia sehingga mencapai paras paling tinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 ke pasaran saham paling corot dalam dunia di mana tiada pelabur mahu melabur walaupun harga saham semakin hari semakin murah.

Tahniah!

https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-11-17/malaysian-stocks-get-cheaper-by-the-day-but-few-want-to-buy-them

NajibRazak

Post a Comment

0 Comments