Kronologi Kereta Terbang Yang Meleis


Mula-mula Menteri PH dengan bangganya umum dia akan naik kereta terbang pertama nasional pada hari Khamis (esok).

Dia ajak ahli-ahli parlimen untuk menyaksikan ujian yang amat bersejarah ini.

Lepas itu, seroang lagi Menteri PH kata ianya bukan kereta terbang tetapi dron.

Lalu, tular pula bahawa kapal terbang (atau dron) itu sebenarnya hasil negara China.

Petang tadi, Menteri terpaksa mengaku ianya keluaran negara China bukan kereta terbang nasional.

Menteri juga tegas bahawa suka hatilah siapa nak panggil kereta terbang itu sebagai dron atau kereta terpang tetapi ianya tetap aero mobility.

Menteri kata dia tetap akan naik kereta terbang atau dron atau aero mobility itu esok dan tetap mengajak ahli-ahli parlimen untuk saksikan.

Dan berita terbaru...

Malangnya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) baru mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah melarangkan ujian kereta terbang atau dron atau aero mobility yang dijadualkan esok.

CAAM kata lulusan untuk ujian kereta terbang atau dron atau aero mobility itu hanya laku di Guandung, China sahaja.

https://www.facebook.com/CivilAviationAuthorityOfMalaysia.Official/posts/2477659025813913

Inilah kerajaan Pakatan Harapan!

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments