Nak Bentuk Kerajaan Baru Tapi Hanya Ada 99 MP Jer Baru.. Gila Dah Pentadbiran Malaysia

Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November  bertujuan membincangkan isu “kerajaan pintu belakang” dan usaha mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Sinchew Daily melaporkan, pertemuan yang diaturkan Menteri Hal ehwal Ekonomi itu bukan sekadar mengenai peruntukan kepada kawasan sahaja seperti yang dikatakan sesetengah pihak.

Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Tanjung Piai menimbulkan kebimbangan bahawa Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sini Azmin dikatakan bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertindak segera membentuk “pakatan” untuk mempertahankan kedudukan Dr. Mahathir.

Azmin memberitahu Ahli Parlimen UMNO bahawa ada orang (Anwar) mahu mendesak Dr. Mahathir melepaskan jawatan. Menurutnya lagi, demi kestabilan negara dan politik, mereka harus mengizinkan Dr. Mahathir menjadi PM selama sepenggal secara penuh.

Kata sumber lagi, walaupun Azmin pernah bertemu pemimpin UMNO lain sebelum ini, tetapi ia pertama kali dihadiri sebegitu ramai wakil rakyat UMNO.

Bagaimanapun, paling banyak pun, Azmin dianggarkan sekadar mendapat sokongan 99 orang ahli Parlimen berbanding 112 orang yang diperlukan untuk membentuk kerajaan :

  • Azmin memberitahu menerima sokongan 15 orang dari PKR
  • Hishammuddin sebelum ini ada 7 tetapi mungkin boleh cecah 22 orang sekarang
  • 26 orang dari Bersatu 
  • 18 orang dari Pas dan 
  • 18 orang dari GPS di Sarawak 


Tambah sumber itu, beberapa wakil rakyat asal UMNO yang masuk ke Bersatu sebelum ini sebenarnya mahu menyertai PKR tetapi ditolak, dan mereka adalah pro-Anwar.

Selain itu, Warisan dari Sabah mempunyai hubungan yang mula tegang dengan Bersatu kerana tidak berpuas hati dengan perluasan Bersatu ke negeri itu.

Difahamkan, Azmin menjemput 30 wakil rakyat UMNO menyertai pertemuan, tetapi dihadiri hanya 19 orang. MP Maran, Cameron Highlands antara yang dilihat di kediaman Azmin.

Keadaan itu bermakna terdapat kesilapan pada senarai hadir yang tersebar melalui media sosial. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Noraini Ahmad yang ada dalam senarai media sosial difahamkan tidak menerima jemputan.

“Yang menghadiri pertemuan juga tidak semestinya menyokong ‘kerajaan pintu belakang’ yang dirancang,” kata sumber.

Sumber PKR juga memberitahu, Azmin memanggil pertemuan itu walaupun sedar jumlah penyokong “kerajaan pintu belakang” tidak mencukupi kerana mahu mendesak Anwar mengambil tindakan.

Jika Anwar mengambil tindakan terhadap Azmin, maka Dr. Mahathir perlu membuat keputusan sama ada mahu menyingkirkan golongan tertentu dan mengorbankan hubungan dalam PH,.

MalaysiaGazette

Post a Comment

3 Comments

  1. Tun M menggunakan azmin dan hisham tapi tak berani mengaku. Apa nak jadi, tua2 masih nak menongkat langit. Cukup2lah dengan hal duniawi. Tun bukan tangan magik yg boleh memulihkan ekonomi malaysia. Bgmn pula dengan janji yg dibuat sebelum pru14? Jangan jadi munafik pula. Bangsa lain 'kafir harbi' pun tahu ttg amanah berpegang kpd janji. Inikan pula org yg mengaku Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Tua Renta tak sedau diri tu....

      Delete
  2. hampa buleh caye lagi dgn pm4 ni...

    ReplyDelete