Anwar Ibrahim Jangan Marah Ok - Azmin Lantik Tokpa Pengerusi TERAJU



Sukacita saya memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju melantik YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), untuk tempoh dua (2) tahun.

YB Dato’ Sri Mustapa merupakan seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan dan perdagangan. Beliau pernah berkhidmat sebagai : 

  1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2009-2018)
  2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2009)
  3. Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008)
  4. Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (2004-2006)
  5. Menteri Kewangan 2 (1998-1999)
  6. Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999) dan 
  7. Timbalan Menteri Kewangan (1993-1995).


Bersesuaian dengan peranan TERAJU sebagai sebuah agensi ulung untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara, saya yakin beliau akan dapat membawa agenda ekonomi Bumiputera seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Dengan kepimpinan yang baharu ini, saya pasti usaha berterusan yang akan dilaksanakan oleh TERAJU akan meningkatkan daya saing Bumiputera sekaligus memantapkan lagi kedudukan Bumiputera dalam ekonomi negara. Selain daripada sudut ekonomi, TERAJU mempunyai peranan yang besar dalam menjamin kesejahteraan hidup serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
15 Januari 2020

Post a Comment

0 Comments