Patut Hantar Balik China Jer Senang! Masalah Betul Orang China Ni!

Seorang pesakit yang disyaki coronavirus dipercayai bebas selepas ibu bapa kanak-kanak kecil itu enggan mematuhi arahan doktor sebuah hospital di Johor untuk memasukkan kanak-kanak tersebut ke wad pengasingan pada hari Jumaat, menurut sumber.

Kejadian lewat petang itu berlaku apabila anak kecil berusia dua tahun itu, yang mana jantinanya tidak dinyatakan, telah diambil oleh ibu bapnya dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kira-kira pukul 10 malam.

Kanak-kanak itu dikatakan memiliki gejala penyakit seperti influenza.

Seorang sumber berkata ibu bapa dan anak kecilnya itu merupakan warganegara China dan dirujuk ke hospital kerajaan oleh pusat perubatan swasta.

"Seorang doktor di HSA memeriksa anak kecil itu dan mengesahkan bahawa kanak-kanak itu mengalami demam virus, yang disyaki coronavirus," kata seorang sumber.

Bagaimanapun, apabila doktor dan pakar memberitahu ibu bapa berkenaan bahawa anak mereka perlu dihantar ke hospital lain yang ditetapkan untuk dikuarantin bagi pemeriksaan lanjut, ibu bapa itu enggan berbuat demikian.

Mereka dikatakan memberitahu doktor tersebut bahawa mereka mempunyai penerbangan kembali ke China yang dijadualkan pada jam 10 pagi Sabtu dan bertegas supaya pesakit hanya diberikan ubat demam dan batuk.

Sumber berkata ibu bapa itu kemudian meninggalkan hospital tersebut dengan anak sakit mereka, dan doktor hospital berkenaan telah membuat laporan polis.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din mengesahkan polis telah menerima laporan yang difailkan oleh doktor itu.

"Polis telah menerima laporan itu, dan perkara berkenaan sedang disiasat oleh pejabat kesihatan negeri Johor," katanya pada suatu hantaran mesej teks.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan, termasuk sama ada kes ini berkaitan dengan tiga warga negara China dari Wuhan yang telah diuji positif dengan coronavirus jenis baru itu.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments