Tak Payah Ugut, Keluar Jer Terus! Ko Ingat Rakyat Heran Ker?


DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), kata timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming.

“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

“Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang,” kata Nga kepada Oriental Daily.

Sebahagian daripada video wawancara itu dimuat naik ke atas talian.

PH, terutamanya DAP, dihentam masyarakat dan parti Cina atas alasan lambat dalam usaha memastikan kerajaan mengiktiraf UEC, seperti dinyatakan dalam manifesto 2018 PH.

Selain isu UEC, DAP juga dikritik tidak bersuara dalam banyak itu.

Laporan Oriental Daily hari ini berkaitan isu UEC daripada wawancara sama, gambar hiasan
“DAP tak diam selepas jadi sebahagian daripada kerajaan. (Sebaliknya) kita lebih berani bercakap, sekarang kita ada saluran kerajaan dan ini boleh dilihat dalam mesyuarat kabinet, kata Nga.

Beliau mengaku kecewa kerana kejayaan DAP dan PH tidak dihargai masyarakat awam.

“Kita selesaikan 70 peratus tugas, tetapi orang ramai cuma lihat 30 peratus yang tak siap,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui kejayaan itu tidak diuar-uarkan secara lebih berkesan.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments