Menipu Adalah Dalam DNA Dia


Kit Siang tak pernah buang tabiat menipu dia.

Saya rasa menipu adalah dalam DNA dia.

Orang yang sudah meninggal pun akan difitnah dan dipergunakan oleh dia untuk menipu Rakyat tanpa sebarang rasa bersalah.

Masa mendiang Kevin Morais dibunuh dengan begitu kejam, dia antara orang yang paling awal libatkan Morais dengan siasatan 1MDB siap kata ada pendrive dengan segala-gala maklumat kesalahan 1MDB.

(Kit Siang, mana pendrive itu? Saya dah lama tuntut.)

SPRM masa BN sudah berkali-kali menafikan Kevin Morais terlibat dalam kes SRC atau 1MDB.

Diberikan bukti bahawa dia sudahpun tidak lagi bekerja di SPRM sejak Mac 2014 - iaitu lebih setahun SEBELUM siastan SRC dan 1MDB bermula.

31 MARCH 2016: Tan Sri Abu Kassim Mohamed
https://www.sprm.gov.my/en/arkib-kenyataan-media/1569-statement-on-kevin-morais

Selepas PH menang, SPRM di bawah kerajaan PH juga tegaskan mendiang langsung tidak terlibat dengan kes SRC atau 1MDB.

22 MEI 2018: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/05/22/dpp-kevin-morais-death-nothing-to-do-with-1mdb-probe-macc-says/1633576

Di dalam perbicaraan mahkamah tahun lepas, SPRM juga tegaskan sekali lagi mendiang tak terlibat.

27 OGOS 2019: Rosli Hussain
https://www.theedgemarkets.com/article/kevin-morais-not-involved-src-probe-court-told

Tetapi hari ini, Kit Siang sekali lagi kata mendiang Kevin Morais terlibat dengan kes 1MDB dan pengorbanan dia semasa menyiasat 1MDB patut dihormati.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/02/14/kit-siang-parliament-should-honour-life-of-slain-lawyer-kevin-morais-who-fo/1837455

Tak tipu, tak fitnah bukan Kit Siang dan bukan DAP.

Oleh kerana Kit Siang ini, bertahun-tahun saya difitnah bahawa saya begitu kejam membunuh mendiang lalu bekukan mayat dia dengan simen.

NajibRazak

Post a Comment

0 Comments