Hallo Pulis. The Edge, Bloomberg dan Dow Jones Newswires berpakat-pakat sebar berita palsu untuk memfitnah Menteri PH.

Hari ini mereka lapor harga simen Malaysia naik sehingga 40%.

Ini berita palsu kerana minggu ini, Menteri PH sudah keluarkan kenyataan rasmi bahawa langsung tiada kenaikan harga simen di Malaysia.

Lagipun, Menteri PH ini pernah berjanji kepada Rakyat pada bulan Jun 2019 lalu bahawa tidak akan ada kenaikan harga simen kerana dia faham bahawa kenaikan bahan pembinaan asas ini akan memberi kesan yang besar bagi kos sara hidup seluruh Rakyat.

Kita semua maklum bahawa Menteri PH bukan pembohong tegar dan ada track-record baik bagi menepati janji-janji mereka.

Sebab itu, saya percaya The Edge, Bloomberg dan Dow Jones Newswires mengeluarkan Fake News.

Teruk betul mereka.

Hari Valentine pun mereka pakat untuk fitnah Menteri PH kita.

Sila siasat dan tangkap.

https://www.theedgemarkets.com/article/hume-industries-likely-see-turnaround-cement-prices-rise

Najib Razak