Sadis Kami Tengok, Ada Orang Nak Join Otai Reformis Tak? Hahahaha


Otai Reformasi akan tetap turun ke jalan bagi menuntut peralihan kuasa, kata kumpulan aktivis veteran gerakan politik tahun 1998 itu.

Ini meski pun Presiden PKR Anwar Ibrahim meminta semua pihak akur kepada keputusan Majlis Presiden PH berhubung isu peralihan kuasa.

Setiausaha Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail, berkata meskipun kumpulan itu pro-PH, tetapi mereka tidak terikat dengan arahan mana-mana pemimpin parti.

Otai (Reformasi) adalah NGO bebas, walaupun pro-PH tetapi tidak terikat dengan arahan mana-mana pemimpin parti.
Perbincangan dengan NGO-NGO sahabat untuk merangka bentuk mobilisasi dan jumlah turun ke jalan raya (bagi) NGO masing-masing.

Sebelum itu, dalam satu majlis hari ini Anwar mengarahkan anggota PKR supaya menghormati keputusan berhubung peralihan kuasa yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH semalam

Anwar juga menggesa penyokongnya dan sekutu PH lain agar menghormati keputusan itu, yang antara lain menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di ibu negara Nov depan.

Terdahulu hari ini, FMT melaporkan kumpulan pro-Anwar, Otai Reformis berkata keputusan semalam tidak berpihak kepada Anwar dan mereka akan turun ke jalan bagi mendesak peralihan kuasa dibuat pada Mei ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat semalam, Mahathir berkata PH secara sebulat suara memutuskan untuk menyerahkan penetapan tarikh peralihan kepadanya.

Ketua Pemuda PKR (AMK) Selangor Najwan Halimi pula berkata, pihaknya menghormati keputusan presiden supaya menghormati pendirian Majis Presiden PH.


 Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments