Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal, Sinis Mahathir - Drama Seronok Ni

Orang Melayu tak boleh terima Anwar kerana falsafah politik liberal, dakwa Dr M

Antara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana ideologi politiknya yang liberal, dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, ia dapat dilihat apabila Anwar mengajak DAP untuk menyertai bersama gabungan parti yang ditubuhkannya sebelum ini.

Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada Umno ketika saya jadi perdana menteri (pada tahun 1998), dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya.
Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu. Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal.
Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, PAS masuk. Falsafah dia liberal

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments