Kalau Deria Rasa & Bau Hilang, Jaga-jaga Bro Sis!

Kehilangan deria rasa dan bau mungkin adalah cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti Covid-19, menurut satu kajian data yang dikumpulkan melalui aplikasi pengesan gejala yang dibangunkan oleh saintis Inggeris.

Kajian itu mendapati hampir 60 peratus daripada pesakit yang kemudiannya disahkan sebagai positif untuk Covid-19 melaporkan kehilangan deria rasa dan bau.

Ini berbanding 18 peratus daripada mereka yang diuji negatif.

Keputusan itu dipaparkan secara online oleh penyelidik di King's College London.

Daripada 1.5 juta pengguna aplikasi berkenaan antara 24 Mac dan 29 Mac, 26 peratus melaporkan satu atau lebih gejala melalui aplikasi tersebut. Daripada jumlah ini, 1,702 juga dilaporkan telah diuji untuk Covid-19, dengan 579 didapati positif dan 1,123 pula negatif.

Dengan menggunakan semua data yang dikumpulkan, pasukan penyelidik telah membangunkan model matematik untuk mengenal pasti kombinasi gejala - bermula daripada kehilangan deria bau dan rasa, demam, batuk berterusan, lemah badan, cirit-birit, sakit perut dan hilang selera makan - paling tepat dalam meramalkan jangkitan Covid-19.

"Data kami menunjukkan apabila digabungkan dengan gejala-gejala lain, mereka yang kehilangan deria bau dan rasa didapati tiga kali lebih cenderung untuk dijangkiti Covid-19.

“Oleh itu, mereka perlu mengasingkan diri selama tujuh hari untuk mengurangkan penyebaran penyakit ," kata Tim Spector, profesor di King's College yang mengetuai kajian itu

Post a Comment

0 Comments