Kerajaan Penang Lebih Risaukan Dun Terbubar Daripada Penyebaran Covid19 - Degil Betul DAP

Pulau Pinang akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama tahun ini mengikut jadual pada 17 April, walaupun kerajaan persekutuan belum mengumumkan jika perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan selepas 14 April ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, sidang DUN itu “memang diperlukan” bagi mengelakkan pembubaran secara automatik.

DUN perlu bersidang dalam 6 bulan daripada sidang terdahulu atau ia berdepan risiko dibubarkan.

Pulau Pinang mempunyai masa sehingga 6 Mei ini untuk mengadakan sidang DUN.

“Penasihat undang-undang negeri kita berkata sidang itu perlu diadakan untuk memenuhi syarat perlembagaan. Majlis mesyuarat kerajaan negeri akan membincangkan perkara ini esok,” katanya di luar sebuah acara Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata, DUN mungkin dihadkan bersidang selama sejam dengan mengamalkan jarak sosial ketat dan ia akan ditangguhkan ke tarikh lain.

Chow berkata, soalan yang dibangkitkan Adun akan dibalas dalam bentuk jawapan bertulis.

Post a Comment

0 Comments