Padan Muka Ko! Tua Bangka Tak Reti Bahasa!



Seorang wanita didakwa di mahkamah atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam dan berkelakuan kurang sopan kerana memanggil polis sebagai "idiot" (dungu atau tolol).

Tong Poh Kim, 44, dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah pada jam 9.40 pagi pada 31 Mac.

Bagi pertuduhan berkelakuan kurang sopan dia dituduh melakukan kesalahan bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan yang boleh didenda tidak lebih RM100, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua,dia dituduh bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jumlah jaminan untuk kedua-dua pertuduhan itu ditetapkan sebanyak RM4,000.

Pengurusan kes ditetapkan pada 20 Mei.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments