UK Panik! Terpaksa Bina Hospital Kecemasan

Kerajaan United Kingdom (UK) kini berusaha membina lebih banyak hospital kecemasan memandangkan jumlah kes COVID-19 semakin meningkat selepas 569 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Fasiliti itu akan dibina di Bristol dan Harrogate yang boleh memuatkan kira-kira 1,500 pesakit dan hospital seterusnya akan dibuka di Birmingham dan Manchester dengan hampir 3,000 katil disediakan, menurut kenyataan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Perdana Menteri, Boris Johnson berkata Britain akan meningkatkan ujian secara besar-besaran bagi memerangi COVID-19 berikutan kritikan mengenai pendekatan yang ringan terhadap wabak itu.

Dalam pada itu, Johnson turut mengasingkan diri di kediamannya berikutan mempunyai gejala COVID-19 selepas mengumumkan nya pada 27 Mac lalu.

Pewaris takhta diraja, Putera Charles pada penampilan pertamanya di khalayak umum semalam, selepas tempoh kuarantin, menyatakan pengalamannya bahawa ia sangat pelik, mengecewakan dan menyedihkan, sambil memuji tanggungjawab pekerja kesihatan Britain terhadap tugas mereka.

Johnson sebelum ini dikritik di media selepas mendedahkan hanya 2,000 daripada 500,000 kakitangan NHS yang menjalankan ujian.

Menteri Kesihatan, Matt Hancock semalam berkata, pihak kerajaan tekad untuk menambah jumlah ujian secara keseluruhannya untuk minggu akan datang dengan sasaran 100,000 ujian setiap hari sehingga penghujung bulan ini.

Hancock turut menyalahkan permintaan global untuk kit ujian yang tinggi menyebabkan berlaku kekurangan ujian, sehinggakan apa yang mereka beli turut rosak.

Justeru, katanya pihak kerajaan akan bekerjasama dengan syarikat swasta seperti Amazon dan Boots, serta tiga makmal mega untuk ujian itu dan akan berada di atas talian tidak lama lagi.

Ujian untuk masyarakat umum juga dikritik kerana tidak menyeluruh dan kini sebahagian besarnya terhad kepada kemasukan hospital untuk pesakit COVID-19 yang paling serius.

Setakat Selasa lalu, hanya 10,000 pesakit di hospital dan kakitangan NHS diuji di England, iaitu kurang daripada sasaran 25,000 orang berbanding 70,000 berjaya dilakukan di Jerman yang dijadikan perbandingan antara keduanya.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Bioperubatan Francis Crick Institute, Paul Nurse, berkata pihak kerajaan perlu menyaman "the Dunkirk spirit" dan biarkan makmal kecil yang menjalankan saringan untuk penyakit berbahaya itu.

Namun, sehingga kini Kesihatan Awam England (PHE), iaitu badan yang bertanggungjawab, menegaskan semua pemeriksaan harus dilakukan secara berpusat. 

- Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments