Guan Eng Nak Belit Pun, Agak-agaklah Bro


Bulan Februari 2020: "Malaysia bebas risiko kemelesetan ekonomi kerana Covid"

Bulan Julai 2020: "Malaysia sedang berdepan dengen kemelesetan ekonomi yang serius sejak Mac 2020 kerana Covid".

Bulan Februari kata kita bebas risiko kemelesetan.

Bulan Julai kata kita sebenarnya dah berdepan dengan kemelesetan serius sejak Mac.

Ini satu lagi bukti bahawa negara pernah diperintah oleh sebuah rejim Gagalkrasi amat gagal yang langsung tak faham dan tak peka dengan hal ekonomi dan langsung tak pernah pandang serius impak Covid kepada Rakyat dan ekonomi.

Ketika Menteri Kewayangan kata kita bebas risiko kemelesetan ekonomi bulan Februari, dah hampir sebulan saya dah banyak kali memberi amaran tentang bahayanya pandemik Covid dan betapa laju ianya akan memberi impak kepada kesihatan dan ekonomi negara jika ianya tidak dibendung dan langkah ekonomi yang berpatutan diambil.

Saya juga kata ekonomi negara tahun 2019 masa PH sudah merosot ke paling teruk sejak 10 tahun lalu dan jika kita berdepan lagi dengan wabak global yang mula melanda ekonomi kedua besar dunia, mana mungkin ekonomi kita tidak terjejas?

Tapi Menteri-menteri PH cuma buat bodoh masa itu dengan fokus utama mereka untuk marah Rakyat yang suruh kerajaan sekat pelancong dan untuk mendakwa Rakyat yang meluahkan kebimbangan kita  sebagai fake news atau Coronapalatau.

Posting akauntan gagal itu: https://www.facebook.com/127235530639890/posts/3624426347587440/?d=n

"6 Februari 2020: Malaysia bebas risiko kemelesetan - Lim Guan Eng"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653251/malaysia-bebas-risiko-kemelesetan-lim-guan-eng

NajibRazak

Post a Comment

0 Comments