Muhyiddin - Mahathir Ini, Kawan Atau Lawan ?

UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri. Cukuplah UMNO dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk PPBM kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.

Sebab itu amat pelik apabila TG Hadi Awang dan TS Anuar Musa mencadangkan supaya TS Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU ke 15.

Kemenangan besar di PRK Chini adalah “signal” dari rakyat, orang Melayu dan ahli UMNO-PAS yang mahu UMNO dan MN kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon Bebas.

Keahlian parti UMNO dan PAS hampir 5 juta orang manakala keahlian parti Bersatu tak sampai 100,000 orang. 

Justeru cadangan TG Haji Hadi Awang dan TS Anuar Musa itu, seolah olah jawatan Perdana Menteri boleh dipajak gadaikan.

Lihatlah kepada parti besar seperti PKR dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu. Akhirnya mereka yang kena gadai.

Maka jika pemimpin tidak mampu fikir, bagi akar umbi yang fikirkan. UMNO kena beringat, konsensus MKT dan pandangan ahli di bawah perlu dihormati.

Keputusan besar seperti memajak gadai jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi. Jangan apa yang terjadi kepada Pakatan Harapan terjadi kepada Muafakat Nasional.

Apatah lagi rakyat masih tertanya tanya Muhyiddin-Mahathir ini, kawan atau lawan.

Post a Comment

0 Comments