Penguatkuasa Tahi ?


Penguatkuasa tahi. 

Mungkin itu jolokan yang paling sinonim untuk mereka yang gemar kutip duit haram demi menghasilkan tahi terbusuk untuk diberak setiap hari. 

Kebocoran maklumat

1. Benda paling mudah nak kesan sebenarnya.

2. Sebelum ambush semestinya akan ada meeting dan pegawai terlibat termasuk tukang sapu keluar masuk perlu dijadikan sabit. 

3. Undang-undang perlu digubal dengan melibatkan kesemua pegawai yang terlibat sekiranya berlaku kebocoran maklumat. Daripada pegawai dikaunter sehinggalah pengarah yang perlu dikenakan tindakan tatatertib buang kerja. Tapi ini paling sukar berlaku. 

Perjudian Haram, Disco haram & Pendatang haram

1. Jika tiada pihak atasan atau pegawai kerajaan terlibat, mustahil ada yang berani. 

2. Jawapan paling mudah kita dengar. Tiada aduan. Apakah semua pegawai hanya bertindak berdasarkan aduan, apakah tiada pegawai risikan. Ataupun pegawai risikan sendiri diketahui umum maka mereka tidak berani buka mulut. 

3. Hukuman wang ringgit terlalu ringan dan ramai yang mampu bayar. Kerajaan perlu menambah hukuman sebatan minima sekiranya disabit kesalahan pegawai penguatkuasa. 

4. Sekiranya tindakan tegas terus dikenakan terhadap pegawai yang terlibat menjaga negeri ataupun daerah, kami rasakan isu ini dapat dibendung sepenuhnya. 

5. Undang-undang juga perlu digubal dengan mengenakan hukuman yang sama dengan penerima serta pemberi. Paling adil, sebat 10 sebatan kedua pihak yang terlibat. 

Ingat rasuah, ingat sebatan di juburr mu!

Terima kasih tauke burger

Kita berterima kasih pada tauke burger kerana berjaya membuka mata yang selama ini dibutakan dengan sendiri. Semoga perniagaan hot burger semakin maju dan tauke burger dilindungi di hari yang mendatang. 

Post a Comment

0 Comments