PH Bagi Hint Sedia Menerima Cinta UMNO

Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di Perak.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.

“Saya terbuka untuk perbincangan yang membina dan kami sudah bersedia,” katanya dalam aplikasi Whatsapp yang dikongsi bersama media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak.

Bagaimanapun, tegasnya, mereka akan mencuba seboleh mungkin untuk mengekalkan kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar terdahulu.

Sementara itu Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan PH sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik COVID-19.

“Kami tidak akan menyertai UMNO. Amanah dan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Selvador Rizal Mubarak pula dalam jawapan ringkasnya berkata, mereka bersedia demi untuk kepentingan rakyat.

Post a Comment

4 Comments

  1. puak2 gila kuasa, we are just about the see the true faces of man(half man and half saton), pas will never be to be part of them

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh syg ph, nanti pas kena cerai.

      Delete
    2. Pas sanggup bergabung dgn umno klepto dan korupsi tu apa dia? Jgn dok rasa diri kau tu suci sgt. Pas hadi cuma pandai auta demi kepentingan peribadi masing2 saja.

      Delete
  2. Aku bimbang PH akan kena tipu sekali lagi. Cukuplah sekali kena tipu dgn Atok

    ReplyDelete