Tunjukkan Bukti, Buat Live Zoom Secara Beramai Ker.. Jangan Sembang Jer..

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen menolak pengisytiharan darurat dan penggantungan sesi Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa, seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menolak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran keputusannya mengisytiharkan darurat tersebut.

Malah katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang membincangkan mengenai perkara itu.

“Yang nyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional melibatkan perkara besar berkenaan darurat dan penggantungan Parlimen ini ditolak oleh majoriti ahli Parlimen.

“Dan sekarang GPS Sarawak sedang membincangkan…saya tidak tahu keputusan tapi kalau ini yang berlaku maknanya yang komited betul untuk mendukung darurat itu mungkin tak sampai 90 ahli Parlimen atau jauh kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan pada program Bicara Negarawan anjuran Majlis Profesor Negara secara maya, hari ini.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai cukup sokongan daripada ahli Parlimen untuk meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri,

Katanya, bagaimanapun ketika ini beliau menunggu ihsan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepadanya yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Pada satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 13 Oktober dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau. 

Post a Comment

2 Comments

  1. sejak zaman ph sehingga sekarang tak habis2 dengan mendapat majoriti, itu lah skop kerja dia selaku ahli parlimen

    ReplyDelete
  2. Bila ada sidang parlimen...ponteng, sejuk.

    ReplyDelete