Harap Pengarah Hospital Kelantan Ni Tak Kena Tukar... Hmmmmmm

Masalah air kelantan tidak ubah seperti masalah air diselangor. Bezanya pengarah hospital disana tidak tanya MB secara terbuka. 

Pengarah (pegawai kerajaan tertinggi) semestinya akan menghadiri meeting bersama MB Kelantan yang telah menjadi kerajaan pusat. Kenapa perkara tersebut tidak dipersoalkan. 

Kedua, kenapa tiada tindakan daripada pihak kkm sendiri untuk membuat takungan tangki hospital sendiri ataupun air disedut dari bawah tanah atau pelbagai inisiatif lain. Sepatutnya semua itu boleh diselesaikan diperingkat kementerian. Melainkan pengarah hanya masuk mesyuarat untuk angguk sahaja. 

Tapi ada bagusnya, untuk rakyat menilai sendiri pemimpin yang mereka puji sanjung. Apakah mampu melaksanakan tugasan dengan cepat tepat dan teratur. Sepatutnya kementerian alam sekitar & air telah lama bekerjasama dengan kementerian kesihatan dalam menyelesaikan masalah air hospital sahaja. Hospital terlebih dahulu. 

Harap pengarah hospital tak kena tukar.. 

Malaysiakini | Pengarah Hospital Tanya MB Kelantan Masalah Air Hospital

Selepas lebih 10 tahun masalah bekalan air membelenggu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, pengarahnya Dr Selasawati Ghazali tampil bertanya mengenai perancangan kerajaan dalam mengatasi masalah itu pada sesi soal jawab program Malaysia Prihatin yang dihadiri dua menteri dan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.

Pada sesi soal jawab program itu, Selasawati menyuarakan masalah air yang berlaku di hospital itu dan apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Susulan itu Ahmad ketika menjawab soalan berkenaan menjelaskan, pihaknya dan Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang mengambil beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Tindakan sedang diambil dan ia akan mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya pada program Malaysia Prihatin sesi bersama pengawai kerajaan negeri Kelantan dan persekutuan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Sementara itu, ditemui media selepas program itu, Selasawati berkata, hampir setiap hari bekalan air di HRPZ II mengalami gangguan sekali gus menjejaskan aktiviti harian.

Katanya, setiap hari penggunaan air di hospital itu tinggi sehingga mencecah 500 gelen atau 1,893 liter, namun bekalan air yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

"Di hospital kapasiti pesakit hampir 1,000 orang dan jumlah kakitangan pula seramai 4,000 orang dan jumlah itu tidak termasuk waris pesakit yang menjaga dan mengunjungi hospital berkenaan.

"Masalah ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu dan sehingga kini. Air adalah keperluan asas dan semestinya menjejaskan aktiviti harian hospital," katanya.

Post a Comment

0 Comments