KJ Bidas MT Umno - Buatlah Kerja Dengan Betul

Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno iaitu dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas PRU.

“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.

Umno kini dilihat menghadapi kemelut dalaman antara dua kumpulan berhubung hala tuju parti itu sehingga tercetusnya istilah 'kluster mahkamah' dan 'kluster menteri'.

'Kluster mahkamah' merujuk kepada pemimpin Umno yang berdepan pertuduhan di mahkamah,  

'Kluster menteri' membabitkan pemimpin Umno yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Mohamad Hasan baru-baru ini berkata, pemilihan Umno akan dilaksanakan sekiranya tiada PRU tahun ini.

“Kalau PRU tidak ada dalam tahun ini, kita akan adakan pemilihan. Kita sedang meneliti apa akan jadi selepas tempoh darurat tamat. 

"Pada bulan Ogos, kita sudah merancang untuk mengadakan pemilihan di peringkat cawangan. Selepas dua bulan, kita juga akan buat pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, serentak di seluruh negara,” katanya seperti dipetik wawancara eksklusif Sinar Harian.

'Perlu dapat mandat yang jelas'

Sementara itu, Khairy yang juga merupakan menteri sains, teknologi dan inovasi berpandangan, Umno harus menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai sokongan rakyat serta mandat yang jelas.

“Umno mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang mendapat sokongan rakyat. Segerakan pemilihan parti.

“Buatlah perkara yang betul Majlis Tertinggi (MT). Kalian tahu kita tak boleh berterusan begini,” tambahnya.

Untuk rekod, pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun.

Kali terakhir parti itu mengadakan pemilihan adalah pada 30 Jun 2018.

Tempoh matang kepimpinan Umno sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021. Jika tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021.



Post a Comment

2 Comments

  1. Dia nie mangkuk versi anwar.
    Hebat berhujah tapi otak mangkuk.
    Ada peluang jilat...akan jilat kaw2.
    Masa kena dgn mamak kerala...menikus nak mampus.Syukur ada yg berani bekap. Skrg org yg banyak bekap dan bagi peluang pd dia dah tersungkur. Dia tak hargai tapi balun kaw2.
    Biasalah mahacai yg nak naik cepat spt anwar. Membalun dan memburuk org lain agar diri nampak hebat sama spt kaedah mamak kerala memperjuang agenda politik peribadi dan legasinya.
    Lakonan ko tak ikhlas dan munafik.
    Memburukkan org lain utk menaikkan diri sendiri bukan budaya dah. Org dah perasan.
    Ko nak buat pemilihan...silakan.
    Tanpa ko selama 22bulan..umno cuba bertapak kembali. Mana ko hilang?
    Inilah mangkuk yg hebat mengambil peluang dan hebat menangguk di air keruh.
    Tanpa ko...pemuda dan belia berani bangkit.Ko pegi mana dan buat apa sblm pru14?!!!
    22 bulan ko buat apa?!!!
    Main teloq?!!!

    Sudah2lah kj...tak sehaluan baik berundur atau duduk diam. Parti wujud bukan krn ko tapi akar umbi yg masih setia.
    Bukannya bila senang...menjilat kaw2. Bila tumbang...menuding dan balun kaw2.
    Tiada setiakawan baik berambus!!!

    ReplyDelete
  2. Buat pemilihan untuk pastikan Majlis Tertinggi mendapat mandat dari akar umbi. UMNO takut dengan bayang-bayang sendiri, UMNO tak sekuat seperti dahulu dan kalau PRU nanti rakyat 18th boleh mengundi pasti UMNO akan tersungkur lagi. PAU manampakkan ketamakan kuasa dan menyerlahkan kesombongan dan ketaksuban kepada kluster mahkamah maka ini boleh dijadikan bola tanggung untuk lawan menjatuhkan UMNO. Dukunglah biawak hidup, rakyat boleh menilai tahap keperihatinan pemimpin UMNO di kala rakyat sedang menghadapi kesukaran akibat pandemik ini, mereka seperti orang hilang akal dan asyik dahagakan kuasa. Adakah kita akan memilih golongan ini untuk kita jadikan sebagai pemimpin?

    ReplyDelete