Degil Puak Demo...

Masih ada segelintir masyarakat seolah-olah tidak peduli serta mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di kawasan awam, meskipun kes Covid-19 di negeri itu meningkat.

Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi penjaja juadah berbuka termasuk di Pintu Geng dan Pasir Tumboh mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, ada pengunjung hanya meletakkan pelitup muka di dagu ketika berada di kawasan orang ramai, atau hanya memakai pelitup muka apabila mengetahui pihak polis membuat rondaan dan pemeriksaan.

“Tindakan seperti itu sebenarnya amat tidak patut dilakukan oleh masyarakat. Namun kita berharap ia boleh diberikan penambahbaikan kerana kes Covid-19 di negeri ini kian meningkat,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi penjaja di Pasir Tumboh, semalam.

Shafien berkata, pihaknya mengeluarkan 18 kompaun sepanjang tiga hari operasi melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup separuh muka, rentas negeri tanpa surat kebenaran, serta satu kes makan secara ‘curi-curi’ di restoran dengan kadar RM10,000 setiap satu.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukan jumlah sebenar yang akan dikenakan kepada pesalah SOP berkenaan.

Shafien berkata, bagi memperkemaskan lagi pematuhan dan tindakan, polis akan menggunakan kaedah tersendiri termasuk dalam bentuk penyamaran serta menggerakkan kereta peronda polis (MPV) untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai.

Mengenai jumlah penjaja yang ramai serta kedudukan gerai penjaja yang agak rapat, Shafien berharap perkara itu dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

1 Comments

Previous Post Next Post