Pergerakan Tentera Ke Palestin, Jangan Sebar Berita Palsu

Apapun yang kita share perlu tabayyun dahulu, kaji dahulu kerana Dalam kita seronok sgt memuat naik prihal yg berlaku di Palestin sekarang, suka sy nak beritahu beberapa perkara.

1. Tidak ada pergerakan masuk tentera Turki ke Al Quds seperti yg digembar gemburkan. Video yg dikeluarkan itu adalah video kemaraan tentera Turki ke utara Syria yg mana ianya adalah detik yg menjadikan Syria sebagai padang jarak padang terkukur.

2. Tidak ada pergerakan masuk tentera Rusia dari Syria atau dr Moscow sendiri. Tentera Rusia sudah lama meninggalkan Syria sebaik sahaja tentera Amerika tidak lagi campur tangan dlm konflik berdarah di Syria. Paling utama, Rusia juga adalah pembeli utama senjata dari Israel samada dr open market mahupun black market.

3. Tidak ada gerakan menghantar tentera dari Indonesia ke Palestin. Video yg tular itu adalah misi pengaman tentera Indonesia ke Papua.

4. Tidak ada pergerakan masuk tentera dari Pakistan seperti yg tular. Video yang tular itu adalah persediaan tentera Pakistan berhadapan dgn tekanan dari tentera India di Kashmir serta ketegangan yg memuncak antara Islamabad dan Delhi beberapa thn yg lepas.

5. Benar, wujud pergerakan besar2an rakyat Jordan cuba memasuki Wilayah Palestin di pintu sempadan. Akan tetapi, tidak ramai yg berjaya lolos di pintu sempadan. Justeru, dakwaan pintu sempadan di Jordan runtuh, adalah tidak benar sama sekali.

Hari ini, hanya Briged Al Qass.am sahaja yg sedang bertempur di sana. Berseorangan dgn menggunakan sistem serangan tentera yg amat terhad. Tiada sebarang bantuan ketenteraan dihulurkan oleh mana2 negara Jazirah Arab termasuk Mesir. 

Jika ada pun bantuan, ianya datang dari Hizb.ullah dan bantuan teknikal ketenteraan dr Iran kerana kedua2 pertubuhan ini ada hubung kait dengan Tehran.

Sehingga kini, pertempuran darat hanya berlaku di Lod yg mana skala pertempuran tidaklah sebesar seperti yg tular di media sosial.

Israel sedaya upaya mengelakkan pertempuran darat yg memungkinkan mereka akan terus dimalukan. Mereka lebih senang mengebom dr udara dan bukannya bertempur secara konvensional.

Sehingga kini belum ada sebarang serangan ditujukan terus ke kompleks Al Quds. Yg ada adalah tindakan vandalisme anak muda Yahudi terhadap kompleks ibadah Al Quds. Video kebakaran yg ditunjukkan baru2 ini adalah kesan dari ledakan serangan udara di kompleks perumahan rakyat Palestin. Bukan kebakaran dr Al Quds itu sendiri.

Ini fakta yg harus kita tahu dan faham. Jgn terlalu excited sehingga menyebarkan berita2 palsu yg hanya mahu menyedapkan hati.

Post a Comment

0 Comments