Tekanan PKP - Suami Murung, Anak Isteri Dikurung.. Mana YB?

Sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak memotong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang dikurung suaminya yang dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian.

“Kami mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam kerana tertekan  tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  

“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini.
 
Menurut Zainurin, anggotanya juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandungnya terpaksa datang dari Mambau, dekat sini untuk memujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia empat bulan dan lebih setahun. Mereka diantar ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan sejak pagi.

“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu diserahkan kepada  polis,” katanya. 

– UTUSAN ONLINE

Post a Comment

3 Comments

  1. sebenarnya pkp atau lockdown adalah untuk menyelamatkan negara ke satu keadaan yang lebig buruk jika tidak dilaksanakan, dan kejayaan telah terbukti. dan anggaplah kejadian2 seumpama itu tidak harus berlaku dan tidak mengalahkan pelaksaan pkp atau lockdown.
    pkp atau lockdown pertama menunjukkan kebersanaan atau kejayaan adalah kerana setiap rakyat dalam ketakutan dan mengharapkan ia segera dihapuskan wabak coronavirus itu dengan mematuhi sop2 yang dilaksanakan.
    tetapi pkp atau lockdown kali kedua dan seterusnya ia tidak menunjukan seperti apa yang diharapkan, ini kerana ia telah dijadikan modal politik olih pihak2 tertentu, satu pihak iaitu penguasa atau pemerentah telah menjalankan tanggungjawab untuk mengekang merebaknya wabak tersebut dengan mengadakan berbagai sop untuk dipatuhi dan berbagai program dilakukan agar covid dapat dibendung,
    dan disatu pihak pula lain halnya, ibarat seperti sang bapa dan keldainya, semua yang dilakukan olih pemerentah serba tak kena dan dijadikan alasan atau modal politik untuk menggagalkan pkp atau lockdown yang dilaksanakan tidak seperti pkp atau lockdown pertama dulu dan kononnya semua masalah yang terjadi adalah kerana kegagalkan pkp atau akibat dari pelaksaan pkp atau lockdown

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai ckp jerung, buaya, burung hud2..

      Ko pulak psl keldai. Dah gian nk jadi binatang ke apa puak2 penunggang agama ni?

      Jgn koyak ha..keh355x

      Delete