13 MP Pemikiran Kolot



Sekumpulan 13 anggota parlimen parti pemerintah dan pembangkang bergabung untuk meminta campur tangan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung langkah merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bayi wanita Malaysia dengan suami warga asing diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.

Perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Ahli Parlimen Umno, Bersatu, GPS, PAS, PKR, DAP, Amanah, Upko, Pejuang, Warisan, Muda mahu Ismail Sabri mengarahkan Peguam Negara Idrus Harun untuk membatalkan rayuan itu.

"Kami, ahli-ahli Parlimen Malaysia, merayu dan menyeru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengarahkan Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung status kewarganegaraan automatik kepada bayi yang dilahirkan di luar negara oleh ibu kandung rakyat Malaysia selarang dengan semangat "Keluarga Malaysia".

"Tambahan pula, perdana menteri harus memastikan Kementerian Dalam Negeri menghormati dan melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi," kata mereka pada satu kenyataan hari ini.

BANkami : Baby tu tak dapat kerakyatan malaysia secara automatik, itu yang diminta 13 MP. Dibawah sana berapa ramai isteri yang berkahwin dengan bukan rakyat malaysia kemudian ditinggalkan tidak bertali. Sekiranya anak mereka tidak diberikan kerakyatan automatik, apa jadi kepada anak tersebut sekiranya mereka kembali tinggal dimalaysia. 

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan undang-undang melarang diskriminasi berdasarkan jantina dalam hal pemberian kewarganegaraan selaras dengan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Artikel 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1) (b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah memerintahkan bahawa wanita warga Malaysia (yang berkahwin dengan lelaki asing) mempunyai hak yang sama dengan lelaki warga Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing, untuk memberikan kewarganegaraan melalui operasi undang-undang ke atas anak-anak mereka yang lahir di luar negara.

Sementara itu, kumpulan ahli parlimen rentas parti ini juga menawarkan sokongan untuk meminda perlembagaan untuk menyatakan secara jelas bahawa hak kewarganegaraan adalah untuk ibu dan bapa Malaysia.

"Hak kerakyatan sepatutnya diberikan kepada anak-anak yang lahir di luar negara, sama ada dari bapa ataupun ibu yang merupakan rakyat Malaysia.

"Sekiranya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan adalah diperlukan, kami adalah komited untuk memberi sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada YAB untuk membawa kelegaan kepada para ibu dan anak-anak mereka yang menderita," kata mereka.

Tanpa kewarganegaraan, anak-anak berkenaan tidak mendapat kemudahan penjagaan kesihatan dan pendidikan sebagaimana rakyat Malaysia.

Kenyataan bersama ini disokong oleh ahli-ahli parlimen; Azalina Othman Said (Pengerang-Umno), Rohani Abdul Karim (Batang Lupar-GPS), Azizah Mohd Dun (Beaufort-Bersatu), Che Alias Hamid (Kemaman-PAS), Salahuddin Ayub (Pulai-Amanah), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Muda), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu-Pejuang), Fuziah Salleh (Kuantan-PKR), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud-Warisan), Wilfred Madius Tangau (Tuaran-Upko), Teo Nie Ching (Kulai-DAP), Hannah Yeoh (Segambut-DAP) dan Alice Lau (Lanang-DAP).

Malaysiakini

Post a Comment

2 Comments

  1. Jantina ada beza tapi kewarganegaraan kenapa perlu dibezakan. Dah jodoh. Kalau diceraikan bgmana nasib anak2?

    ReplyDelete
  2. Elok jgk sebagai peringatan wanita rakyat malaysia yg ramaidiperdaya dan diperalatkan warga asing yg hanya mahu kerakyatan malaysia dan segala kemudahan utk berniaga, bnyk yg diceraikan dan ditinggalkan bila hajat mereka tercapai..

    ReplyDelete