Pampasan Kurang RM250k? Rina Membisu?

Bekas anggota Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) menggesa Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Harun, memberikan penjelasan mengapa dia tidak bersuara mengenai isu penduduk di kawasannya.

Menurut Syed Badli Shah Syed Osman beberapa hari lalu lebih 100 penduduk Kampung Sungai Baru di Kamping baru menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan pembangunan semula kawasan terbabit.

Katanya, penduduk terbabit terpaksa menggunakan wadah lain - termasuk media - untuk menyuarakan bantahan mereka kerana Rina didakwa bersikap lepas tangan.

"Rina bukan saja gagal menyantuni masalah penduduk terbabit, malahan dia sudah sekian lama menghilang dan tidak mengambil tahu perihal masalah kawasannya," kata Syed Badli Shah.

Dia yang juga bekas naib ketua Pemuda PKR menambah bantahan berkenaan sebenarnya suatu petanda bahawa Rina gagal menyantuni masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya sendiri.

Baru-baru ini 110 penduduk Kampung Sungai Baru tampil membantah rancangan untuk memindahkan mereka ke kawasan lain sebagai langkah memajukan Kampung Baru.

Pengerusi Persatuan Komuniti Sungai Baru, Syed Salehuddin Syed Abdullah, pada 4 Dis lalu mendakwa mereka tidak dapat berpindah ke tempat baru kerana diberikan pampasan kurang daripada RM250,000.

Katanya, perjanjian yang ditawarkan kepada penduduk juga dilihat berat sebelah dengan menguntungkan pemaju.

Justeru katanya kerajaan wajar campur tangan bagi menyelesaikan kerumitan dialami mereka.

Difahamkan, selepas penilaian penduduk rumah Flat PKNS itu mendapat pampasan antara RM200,000 hingga RM250,000.

Rina yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memenangi kerusi parlimen Titiwangsa pada 2018 dalam PRU yang menyaksikan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya dan sebahagian besar negeri di seluruh Malaysia.

Bagaimanapun ketua Wanita Bersatu itu menyertai gerakan Langkah Sheraton yang menyebabkan jatuhnya kerajaan PH.

Syed Badli Shah mendakwa Rina gagal membela nasib penduduk di kawasan Titiwangsa ketika dia sepatutnya berperanan mencari penyelesaian terbaik kepada mereka.

"Justeru saya menggesa untuk tampil segera memberikan penjelasan atau isytiharkan saja perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen," katanya.


Malaysiakini 

Post a Comment

16 Comments

  1. Aku igt lagi kes ni..zaman khalid samad dlu, siap nak offer tuan tanah harga rm1000 per kaki persegi..lunyai dia kena bantai dgn pejuang melayu isley.

    Najib siap ckp harga tanah tu rm3000 per kaki persegi..nuar musang bantai lagi cakap kena ikut harga pasaran.

    Tetiba zaman BN kera jann melayoo isley merintah ni dpt rm250k je?

    Mamposs! Melayu tipu melayu.

    Err..mana pegi pejuang melayu isley tu suma?? Dah masuk gua kelam ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat naik velfire. Tak jumpa button turunkan cermin.. tu tak nampak dah

      Delete
    2. Kerajaan mahiadin yg buat akta baru masa darurat tanpa dibahas di parlimen dalam pengambilan tanah tersebut dengan harga murah.Kerajaan mael sabri cuma layak dikecam atas usaha kerajaan pm8. Boleh google tentang akta tersebut.

      Vellfire tu diluluskan masa kerajaan ph atas alasan kos selenggara proton perdana lebih mahal dan stok baru tidak dikeluarkan lagi.
      Memang sedih kerana sepatutnya menteri ph yang menumpangnya dan bukannya menteri pn.Mungkin bekas menteri ph dalam pn sempat merasa. Mereka yang ikut langkah sheraton.

      Rasanya kena salahkan pm7 yg merobohkan kerajaannya sehingga mereka tidak berpeluang naik vellfire.

      Delete
    3. Pm8 mohon repair kediaman rasmi rm38juta.
      Pm9 baru nak duduk kena kecam.

      Delete
  2. Akta tanah diluluskan pada 21 Jun 2021.Mael sabri belum jadi pm9 dan semua tahu perancangan besar masa kerajaan mahiadin dilakukan oleh beberapa org menteri terkanan sahaja.
    Ada mendakwa menteri umno dan pas tidak dilibatkan. Wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Sama kes dgn projek hsr keretapi laju kl/singapore.

    Kerajaan ph batal dan bayar pampasan lebih rm300juta.
    Kerajaan pn pm8 sambung tapi jajaran ditukar...mungkin kontraktor juga bertukar.
    Kerajaan pn pm9 nak ikut jajaran asal kerana jajaran baru tidak menguntungkan.

    Sebagai rakyat kenapa tidak teruskan sejak dari awal walaupun kerajaan bertukar. Negara hilang percuma lebih rm300juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak projek mega nie. Dah elok-elok perancangan kl/singapore dibatalkan. Bayar pampasan beratus juta hengget lagi.
      Kemudian disambung balik tapi laluan kl/jb dengan kos tak jauh beza. Kalau tambah pampasan lebih besar jadinya. Kena lalu rel kroni atok pula. Apa punya projek kena lalu rel kroni nie?
      Nampak gayanya negara masih dijajah oleh legasi kaya yang tamak haloba.
      Haraplah mp yang jadi wakil rakyat mampu dan berani membantah di dewan rakyat.
      Sampai bila nepotisme dan kronisme menguasai negara kita?

      Delete
  4. Jgn gaduh..ni suma salah Dap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan salah dap...salah atok dan legasi tamaknya.

      Delete
  5. Bossku masih relex seperti biashe biashe ajer main FB, Tun pulak yang terdesak gelabah dan cemas. Kau dah kenapa Tun..!?

    Bossku kena buktikan sokongan solid dan kemenangan total di PRN Sarawak. Jika PRN Sarawak full swing pada Bossku ini akan mencemaskan dan mengerikan lagi gang Kartel Kerala Tun Mahathir dan boboinya.

    Dr Mahathir Mohamad berpendapat Najib Razak masih boleh membuat kemunculan semula ke tampuk pemerintahan negara.

    Tempoh jangkaan satu tahun macam macam boleh jadi. PRN Melaka petunjuk awal kemenangan bergaya BN. Jika PRN Sarawak Bossku boleh buat 'full swing' kemenangan BN di Sarawak maka PRU 15
    akan mimpi ngeri buat Tun Mahathir dan boboinya.

    "Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan," kata Tun

    Najib Razak hari ini berkata skandal pertukaran asing (forex) yang dikaitkan dengan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad “jauh lebih memalukan negara.”

    Bossku sentiasa mempromosikan kepentingan negara semasa menjadi perdana menteri yang menyaksikan aset negara berkembang daripada RM800 juta kepada RM2 trilion.

    Dr Mahathir Mohamad seperti masih tidak senang duduk dengan keputusan mahkamah yang menimpa Najib. Tun nampak sangat terdesak gelabah dan cemas kemungkinan Bossku akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi. Di suruhnya Anip Katari minta penjelasan kenapa pengantungan hukuman bossku. Terdesak sungguh nampak orang tua tu... mungkin demi masa depan boboi dan PejWang.

    Baru saja hukuman dijatuhkan Tun Mahathir terus memyerang DSNR dengan menyatakan 'Banduan’ ini masih boleh jadi PM, kata Mahathir.

    “Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi perdana menteri juga.

    “Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh,” kata Tun lagi.

    Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu? Kenapa statement Tun jadi macam itu..!? Adakah nasib boboi masih tidak selamat bila hukuman ditangguhkan oleh mahkamah.!? Apa lagi yang Tun Mahathir tidak puas hati lagi..!?

    Jangka masa satu tahun dari rayuan rakyat mesti desak polis menyiapkan kertas siasatan terhadap suami Zeti dan keturunan berkenaan kes AMLA yang ada hubung kait dengan Jho Low yang lesap entah ke mana.

    Kalau Jho Low lesap, Justo pun lesap depan hidung Tun adakan Zeti dan keturunan nya lesap juga dlm jangka masa 1 tahun untuk Mahkamah Persekutuan bersidang atau kes kertas siasatan bersidai jadi kertas bungkus nasi lemak..!? Wallahualam

    Satu-satunya pilihan yang Najib ada ialah mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tentu ada jasa PM sekarang pada DSNR berasal dari Pahang, Agong pun dari Pahang serba kemungkinan boleh berlaku sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

    Pahang boleh..!! Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok sembang rule of law tapi law ikut kepala hotak dia.

      Skandal bmf forex...dihentikan siasatan.

      Rm700juta rasuah 1mdb keluarga zeti proksi/kroni akrab dia...tiada pendakwaan langsung.

      Rule of law kepala hotak cow!!!!

      Memalukan negara jika tiada siasatan dan pendakwaan!!!!

      Delete
    2. Atok hanya nampak najib bossku jer....

      Zeti hilang dari radar dia....

      Sebab hati dia dah cukup busuk...

      Keutamaan dia bukan rakyat dan negara...
      Keutamaan dia hanya tembolok perut busuk anak, proksi dan kroni dia...

      SEMOGA LEGASI KAYA DAN TAMAK AKAN TERKUBUR SELEPAS PRU15 NANTI!!!!!

      Delete
  6. Zeti tidak disiasat dan didakwa.
    Majoriti rakyat beranggapan badan kehakiman negara dikuasai oleh tangan-tangan ghaib yang ada kepentingan.
    Siapakah mereka?

    ReplyDelete
  7. satu mentaliti orang melayu bila disebut tentang kebaikan memerentah cara islam, maka mereka akan mencari 1001 alasan untuk menolak islam, tengok sajalah reaksi yang akan terpapar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa keburukan pemerintahan cara Islam kalau berdasarkan sejarah. Cuma bila pemimpin yang berkopiah tertutup mata hatinya bila melihat dunia. Tiada lagi kesederhanaan.Terbukti sudah..

      Delete
    2. Hudud sm ruu355 apa citer? Sapa pgg kuasa skrg? Menteri agama skrg bukan dari Dap ye.

      Kalo setakat pgg title menteri tapi tak laksanakan apa yg diperjuangkan sebelum ni, letak jawatan la. Yg bingainya adalah walaun2 jugak.

      Err..kes arwah adib camne??

      Delete