PM10 - Perlanggaran Dalam Pemberian Kontrak RM600 Billion Tanpa Tender



Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian, melibatkan cabutan khas judi.

Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, dia berkata dana pilihan raya untuk parti "Melayu" dan parti "Islam" datang dari syarikat perjudian.

"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.

Terdahulu, dia turut menegur pentadbiran PN yang diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.

Langkah itu dibuat pada akhir 2020.

Kata Anwar, selaku menteri kewangan, dia telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments