Saham MQ Tech Melonjak Susulan Anak Zahid Dilantik Sebagai Pengerusi



Saham syarikat pengilang acuan industri MQ Tech melonjak susulan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Saham MQ Tech diniagakan sekitar RM0.05 sehingga petang Jumaat – ketika lantikan jemaah menteri diumumkan, yang menyaksikan kenaikan harga seketika kepada RM0.06.

Ketika pasaran dibuka semula semalam, saham MQ Tech mencecah paras tinggi RM0.075.

Pada hari yang sama, MQ Tech mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa anak Zahid, Nurulhidayah, dilantik sebagai pengerusi kumpulan, bertukar peranan dengan Lim Char Boo, yang akan menjadi naib pengerusi kumpulan.

Nurulhidayah, 43, menyertai lembaga pengarah MQ Tech pada 2 Jun. 

Dia juga menjadi pengarah eksekutif syarikat hartanah Menara Rezeki Sdn Bhd dan mengasaskan syarikat fesyen Couverture.

Menurut The Edge, suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff terlibat dalam rombakan lembaga pengarah di Jiankun International Bhd semalam.

Saiful Nizam dilantik semula sebagai presiden syarikat, dua bulan lepas menjadi timbalan pengerusi eksekutif.

Jiankun and Menara Rezeki mempunyai hubungan satu sama lain.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments