Timb Menteri Pendidikan - Anak Lim Kit Siang, Adik Lim Guan Eng .. 🤤🤤🤤



Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim melakar sejarah dengan pelantikan dua Ahli Parlimen wanita menerajui Kementerian Pendidikan.

Fadhlina Sidek yang dilantik sebagai menteri pendidikan minggu lalu ialah wanita pertama yang memegang jawatan itu, manakala timbalannya ialah Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying daripada DAP.

Fadhlina dan Lim julung kali menjadi Ahli Parlimen dan kedua-duanya mewakili Pakatan Harapan.

Fadhlina pernah menjadi aktivis sosial dan peguam dalam undang-undang keluarga Islam serta kebajikan kanak-kanak. Beliau juga ketua Wanita PKR dan dilantik senator pada 2021.

Beliau juga anak perempuan Dr Siddiq Fadzil, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang diasaskan Anwar.

Lim ialah ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan setiausaha DAP Pulau Pinang. Beliau turut dilantik senator mewakili Pulau Pinang pada Ogos 2018.

Beliau ialah anak perempuan veteran DAP, Lim Kit Siang serta adik Pengerusi DAP dan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin ialah menteri pendidikan terdahulu. Timbalannya ialah Mah Hang Soon daripada MCA dan Mohamad Alamin daripada Umno.

Post a Comment

0 Comments