BAN Politik ~ Satu Kisah Duit 7 Billion Najib Razak

Ini hari aku banyak bz, baru balik rumah. Merantau ke satu negeri ke satu negeri. Buat pening kapla, buat lenguh kaki. Buka-buka facebook, ada satu cerita itu kisah duit terbang sana sini. Fuyooo. 7 billion al-kisah dibuka oleh rafizi ramli.

Kasi aku 1 juta dah cukup abam najib sayam. Boleh aku invest dalam stock market. Manyak untung kita kasi sama lata. Wa talak mau manyak.

Mari membaca, Kisah Satu Malam =  Ah Jib bersama 7 Billion Ringgit.




KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

23 APRIL 2013

Info Asal : RafiziRamli
BAN Politik ~ Satu Kisah Duit 7 Billion Najib Razak BAN Politik ~ Satu Kisah Duit 7 Billion Najib Razak Reviewed by BANkami Blog on April 24, 2013 Rating: 5

10 comments:

  1. BN mampos pun, najib dan rosmah dah tak amik peduli. mampos la ko macai2 kalau BN kalah kali ni.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cincin dan beg tangan rosmah dah berapa. mesti la kena PAU lebih skit.

      Delete
    2. agaknya dia nak makan duit tu mcm kambing makan rumput kot...

      Delete
  3. kenapa korang nie tak habis2 nak burukan PM najib...??

    setakat 7 billion tu.. apa lah sangat kalo hendak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan PM najib....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. macai BN mana kisah kan. setakat 7 billion je. najib bayar apco saja dah berapa. pengorbanan terbesar tu.

      Delete
    2. hahahahaa
      *guling-guling
      ahhahahahhaakkkk(tersedak)..!aahahahahhahahah
      HAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAAA....
      *penat
      hahahahahahhahahahahaaahah
      *senyum puas!
      ~tu la beza TAHAP pemikiran PR dgn BN...

      Delete
  4. kalau betol la kan kenapa rafizi tak report pada polis or badan2 yg bertanggungjawab ek? bukan apa takut benda2 ni cam fitnah pulak..aku mmg dah tak berkenan dengan BEe End n Umporno ni tapi sumber ni sahih ker? kita sebagai pembaca ni kena pastikan betol ker tidak sumber2 nih..kalu betol mmg kurang hajar la ini pm kan..tp kalu tak betol tak ker namanya fitnah tu? aku taknak kita bawa budaya fitnah didalam PR ni...cukup2 la si BEe End tu dah merosakkan generasi anak muda skang..mintak admin siasat ek..hehehe..peace..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon anon hantar surat kepada kami untuk buat siasatan lanjut.

      Delete

Powered by Blogger.