BAN Politik - Batal TPP Atau HAK Istimewa Melayu Bumiputera Terjejas

Apa sebenarnya TPP ni, aku pernah posting pasal TPP dulu yang mana ketika tu belum kecoh lagi pasal TPP. Tak ramai amik port hinggalah pelbagai pihak mula bersuara dan NGO mula kecoh dimana TPP hanya menguntungkan US. Dan aku setuju dengan kenyataan Tun Mahathir menyatakan TPP hanya memberi keuntungan kepada US totally. Semua negara gabungan tahu US kemungkinan bakal menghadapi hyperinflation.

Bukan sahaja rakyat malaysia membantah, rakyat jepun sendiri membantah perjanjian tersebut dimenterai. Apa kebaikan jika jika bekerjasama dengan US. Semua financial dunia tahu, Federal Reserve mengeluarkan kenyataan QE Infinity dan tidak tahu sampai bila perkara tersebut akan dihentikan. Secara tidak langsung lambakan toxic dollar akan disebarkan ke seluruh dunia. Dalam masa yang sama memulihkan secara total ekonomi US dan menantikan saat sesebuah negara mengalami inflasi yang teruk berikutan tidak dengar cakap US.

PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan perjanjian adil dan bebas, tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengetepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosioekonomi.

Kenyataan itu dibuat Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia (BBBT), terdiri daripada gabungan 49 pertubuhan bukan kerajaan dalam satu kenyataan bersama.

Menurut BBBT, pelbagai cadangan dalam TPP lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk menetapkan undang-undang dan peraturan.

"Pelbagai bab dalam perjanjian TPP ini mengehadkan ruang untuk kerajaan menggubal dasar demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada.

"Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara TPP menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa untuk mereka mengetepikan sistem perundangan negara bagi menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Badan gabungan itu menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatan negara dalam rundingan tersebut sehinggalah analisis kos dan manfaat serta kajian perbandingan faedah dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.

"Teks perjanjian juga perlu dikaji selidik dan ditimbang tara oleh Parlimen untuk memastikan TPP bermanfaat terhadap rakyat dan satu referendum perlu dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini," menurut gabungan tersebut.

Persidangan kali ke-18 bagi rundingan TPP yang dihadiri wakil 12 negara terlibat sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dari 15 hingga 25 Julai ini.

BBBT juga menuntut kerajaan lebih telus dalam perbincangan itu atau membatalkan penyertaan dalam TPP.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan mula timbul mengenai perjanjian yang dikatakan dibuat secara sulit dan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).
Antara kebimbangan yang timbul berdasarkan dokumen TPP yang dibocorkan adalah hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana yang didakwa akan terjejas jika perjanjian itu ditandatangani.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang beberapa kali telah memberi jaminan kedaulatan negara dan hak istimewa Bumiputera tidak akan terjejas disebabkan TPP telah mengadakan rundingan dan sesi dialog bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan di seluruh negara bagi menerangkan isu ini.

Selain Malaysia dan AS, negara lain terlibat dalam TPP adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Jepun akan menyertai TPP bulan ini.


Info Asal : SinarHarian
BAN Politik - Batal TPP Atau HAK Istimewa Melayu Bumiputera Terjejas BAN Politik - Batal TPP Atau HAK Istimewa Melayu Bumiputera Terjejas Reviewed by BANkami Blog on July 18, 2013 Rating: 5

5 comments:

  1. Siapa yg undi BN haritu. mesti korang suka kan. ala najib buat apa pun, mesti setuju

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin betul mereka ni.

      Delete
  2. negara yg tidak sukufu dgn us, semua tolak. negara sekufu je akan buat rundingan

    ReplyDelete
  3. yg kaye terus kaye yg miskin dan pertengahan didesak ke bawah........

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin betul mereka ni.

      Delete

Powered by Blogger.