BAN Politik - Malaysia Boleh Disaman Di Mahkamah Antarabangsa

TPPA sebenarnya banyak ditentang oleh pakar ekonomi malaysia termasuklah Tun Mahathir sendiri yang menyifatkan ia adalah helah US untuk mengawal rantau asia dan membanjiri US Toxic Paper. Secara tak langsung mereka bebas mengawal segala aktiviti perniagaan. Totally zionisme adapt.

Siapa yang akan mendapat benefit dalam perkara ni, semestinya mereka yang menjalin perniagaan dengan company besar daripada US dan mengikut segala telunjuk US. Harap DS Najib Razak tidak meletak Bom Jangka untuk generasi baru malaysia.
 


Contoh dua negara yang disaman dibawah ISDS ini iaitu Ecuador sebanyak AS$2.3bilion dan Indonesia AS2bilion oleh syarikat luar negara kerana melanggar kontrak dan menyaksikan mereka menang kes itu.

Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor.

Pakar yang berpengkalan di Geneva, Switzerland menegaskan perkara itu sudah pun berlaku di negara-negara lain yang menjalankan perjanjian hampir sama dengan Amerika Syarikat.


"TPPA hanya mempunyai sedikit kaitan dengan perdagangan, ada lebih banyak isu yang perlu dibimbangkan," kata Pengarah Eksekutif South Centre dalam forum enam panel yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), hari ini.

Khor membayangkan kerajaan akan berhadapan dengan situasi terpaksa bertanggungjawab untuk memastikan industri tempatan terbela dan pada masa sama juga memastikan pelabur luar mendapat layanan yang sama adil.

"Peruntukan untuk melindungi hak pelabur asing, melayan negara asing sama rata atau sebaliknya melebihi daripada layanan yang diberikan kepada perniagaan tempatan.
"Jika undang-undang kerajaan berubah, ia memberi kesan kepada keuntungan masa depan syarikat tersebut mereka boleh meminta pampasan kerana ia adalah sama maksud dengan "rampasan", definisi ini termasuklah bagi kerugian daripada untung masa depan hasil daripada perubahan polisi kerajaan," katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Khor mendedahkan kerajaan akan terikat dengan 'Investor State Dispute Settlement' atau ISDS yang berpengkalan di Mahkamah Antarabangsa, Washington jika meneruskan rancangan untuk menandatangani TPPA.

"Jadi, jika pelabur merasakan hak mereka dirampas daripada mereka, termasuk perubahan dalam kontrak atau keuntungan depan, mereka boleh saman kerajaan di Mahkamah Antarabangsa.

"Sudah terdapat banyak kes saman yang berlaku di negara lain," katanya.

Info Asal : Miji Tan
BAN Politik - Malaysia Boleh Disaman Di Mahkamah Antarabangsa BAN Politik - Malaysia Boleh Disaman Di Mahkamah Antarabangsa Reviewed by BANkami Blog on August 02, 2013 Rating: 5

7 comments:

  1. terima kasih BN -macai

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti BN akan ckp, rakyat akan dpt byk peluang pekerjaan dgn TPPA.

      Delete
  2. bos macai pun berbunyi. nampaknya sejak bos xde kuasa, macai mula mengorak langkah. nanti ada macai backup. kerajaan buat untuk menjaga harta kroni macai. harap rakyat faham. nanti tahun depan dpt birm.

    ReplyDelete
  3. smua tletak ats najib n da geng. kroni konfirm suka gila. duit byk masyukkk

    ReplyDelete
  4. oh noes please don't let shit get real :(

    ReplyDelete
  5. Belajarlah sejarah bagaimana tanah melayu ini dijajah. Sia2 suruh budak2 blaja sejarah imperialisme di tanah melayu kalau pembikin polisi sendiri yg mengulangi kesilapan lampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit punya hal. ape nk heran...

      Delete

Powered by Blogger.