BAN Politik - Edukesen Malaysia, Nak Belajar Malaysia Tak?

Baik ke tak baik ke, bantah ke taknak bantah ke. Kuasa dah hilang. Yang bergaduh nak dekat pru13 haritu saper suruh. Jadikanlah pengajaran yea. Bila sebut sistem pelajaran malaysia, ofkos ramai yang tak setuju dengan PTPTN dan pelbagai lagi alasan. Tapi masa aku kat universiti dulu pun, lecturer aku tak setuju dengan cara pembelajaran kanak-kanak yang lebih bersifat "GET A".

Bagi aku, semua terletak atas kanak-kanak tu untuk belajar ke tidak. Tapi cara penerapan kepada kanak-kanak pun penting. Tapi kalau dilihat dari sudut politik dan jawapan daripada seorang menteri yang menyatakan "tidak berpuashati dengan sistem kita, kita tak halang untuk ke luar negara". Sepatutnya dia malu bila rakyat sendiri tak berpuashati. Bukannya berlagak sombong menyatakan pendirian keras. Tu pandangan aku lah.


Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Menurut Menteri Pendidikan II itu, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.
"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Karangkraf di Shah Alam awal hari ini.
Menurut Idris, sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya tidak akan berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga parti politik dari Pakatan Rakyat (PR).
"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.
Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara.
"Kerajaan akan terus melaksanakannya, lagi pun ia telah dilancarkan," kata Idris.
Mengambil kira kepentingan pembangunan sistem pendidikan negara, Idris menegaskan, kementeriannya mensasarkan untuk mencapai objektif mereka melalui pelaksanaan pelan berkenaan, yang mana terpaksa mengorbankan beberapa bantahan sesetengah pihak.

"Kerajaan dah rancang blueprint ini dan akan laksanakan, kerana pelan ini telah diberi perincian, kita tak boleh dolak-dalih.

"Kita tidak boleh ikut kehendak semua orang, kita kena tahu objektif kita. Kita kena tahu apa yang terbaik," tegasnya.

Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.

PR pula melihat terdapat enam aspek yang menjadikan yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bukan satu platform menyeluruh.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan betul dan cekap. - 10 September, 2013.

Berikut ialah intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025:

* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

* Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.

* Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020.

* Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

* Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

* Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kcekapan.

* Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang disasarkan.

* Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.

* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.

* Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.

* Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

* Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.

* Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun.

* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.

* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak.

* Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berpotensi sebagai penaja.

* Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.

* Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025. – BERNAMA



Info Asal : MalaysiaInsider, MyNewsHub, MOE
BAN Politik - Edukesen Malaysia, Nak Belajar Malaysia Tak? BAN Politik - Edukesen Malaysia, Nak Belajar Malaysia Tak? Reviewed by BANkami Blog on September 10, 2013 Rating: 5

4 comments:

  1. tak habis dgn mintak belajar percuma. puii!

    ReplyDelete
  2. pembelajaran seks ada diubah tak. kot2 dimasukkan teknik kegel mcm carlos cakap ke.

    ReplyDelete
  3. Akhir2 nie... ramai pembaca blog semakin meminati isu nie...
    terima kasih kepada admin blog nie... artikel nih memberi lebih pencerahan tentang bab nie...

    saya akan sentiasa support awak... terima kasih..


    Also visit my blog post :: Affiliate Percuma

    ReplyDelete

Powered by Blogger.